Kawan



KAWAN...
bila rasa ingin menangis..
hubungilah aku..
bukan aku nak suruh kau berhenti menangis...
tapi mungkin aku boleh menangis bersamamu...
tapi tak leh ramai sgt..
nanti habih airmata aku...


KAWAN...
jika terasa tiba2 nak melarikan diri...
jauh dari masalah...
hubungilah aku...
aku takkan suruh kau berhenti..
tapi..
mungkin aku akan berlari
bersama kau agar masalah kau boleh selesai...
tapi jangan laju sangat lari tak larat aku nak kejar..


KAWAN..
jika tiba2 kau ditinggalkan
kekasihkau.. beritahulah aku..
aku tidak akan memaki hamun
x-makwe/x-pakwe kau..
tapi..aku akan cuba buat kau cintai diri kau sendiri...


KAWAN..
jika kau kecewa keluargamu tak bahagia..
beritahulah aku..aku takkan
buat kau benci kepada ibubapa kau..
tapi..terimalah segala
ketentuan Allah...
dan belajar untuk cintai mereka..


KAWAN..
jika kau kecewa dengan perkahwinan kau
suatu hari nanti...
ceritalah pada aku..
aku takkan sebut nama perempuan/lelaki itu..
tetapi..cubalah jadi lelaki/wanita
yang lebih soleh/solehah...


tetapi kawan... jika suatu hari aku
berdiam diri.. aku tidak membalas mesejmu..
aku tidak angkat panggilan darimu...
hubungilah aku segera...sebab waktu itu aku..
aku mungkin perlukan kau...
atau aku sudah tiada lagi didunia ini...

jadi andai ini suratan buatku
kalian doakan kesejahteraanku di dunia abadi
kerana mungkin doa kalian mampu
menemani aku di alam yg berbeza itu..


Apapun kawan..
segalanya ketentuan Illahi
buat kita yg bernama manusia..
carilah...
kecapilah manisnya mahabah fillah yg
Allah utuskan dlm persahabatan yg seketika ini..
sayang fillah buat sahabat2ku yg jauh dimata..
dekat dalam munajatku padaNya..

Post a Comment

0 Comments