Adab Ketika Menguap

Adab Ketika Menguap | Hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak layak ketika mulut terbuka, juga untuk menghalang sesuatu masuk ke dalam mulut.

Juga disuruh mengurangkan suaranya hingga tidak kedengaran langsung. Selepas menguap hendaklah beristighfar kepada Allah swt. kerana menguap adalah dari tanda malas dan ia dari syaitan.

Rasulullah saw. bersabda:
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi bersabda "Sesungguhnya Allah swt. suka akan bersin dan benci akan menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah swt., hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan "Yarhamukallah" . "

Adapun menguap adalah dari syaitan, jadi jika seorang kamu menguap maka hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan ketawa melihatnya. - Riwayat Bukhari


Rasulullah saw. bersabda dari Abu Hurairah r.a. katanya, "Menguap dalam solat adalah dayang daripada syaitan, jika seseorang kamu menguap maka hendaklah ia berusaha menahannya (dari membuka mulut lebar-lebar)" -Riwayat Tarmizi & Muslim


Post a Comment

0 Comments