Info Am Kanser

Tanda-Tanda Awal Kanser

Kanser Pangkal Rahim
sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,sakit selepas bersenggama dan turun berat badan

Kanser Payudara

bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairanberdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit dibuah dada


Kanser Usus Besar

perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air


Kanser Paru-Paru

batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafastermengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan


Kanser Perut

hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaanyg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit


Kanser Limpa

sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turunberat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak


Kanser Ovari

haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam


Kanser Otak

sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti


Kanser Prostat

sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.


Kanser Darah (Leukimia)

letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection)


Kanser Tekak

suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukarmenelan dan kelenjar membengkak di leher


10 Penyebab Utama Kanser

  1. Makanan
  2. Alkohol
  3. Sinaran cahaya matahari
  4. Pengambilan ubat
  5. Perokok yang tidak aktif
  6. Tembakau
  7. Radiasi
  8. Pekerjaan
  9. Pencemaran air dan udara
  10. Keturunan


Teh Dan Kanser

Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

Diet Untuk Mencegah Benjolan Pada Payudara

  1. Hindari makanan berlemak dan bergoreng
  2. Hindari makanan ringan yang masam
  3. Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
  4. Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
  5. Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

Post a Comment

1 Comments