Ibu bapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak-anak. Berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak-anak kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya. Selamat mencuba!
Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik
Bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pula gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu orang panggil saya mak enon. Malu sangat. Rasa macam tak nak pergi sekolah pun ada. Apa tah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak-anak.
Berikan anak anda pelukan setiap hari
Ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari especially seorang mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.
Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang lah ada masa kita perlu marah tapi janganlah buat muka marah sampai kawan itu takut hendak dekat dengan kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak.
Berikan pujian setiap kali anak anda berbuat kebaikan
Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini lah namanya motivasi.
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan merekabuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga
Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu kerana seseorang tu akan lebih tenang kalau tiada masalah keluarga. Anak-anak perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan prosesini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi janganlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.
Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mahu sunyi di hari tua, janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.
Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang
Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa macam kelakar. Saya penah jumpa dengan kawan anak saya umur baru tiga tahun tapi mulut boleh tahan, rasa macam tak logik je tapi seronok. Ala, macam Aznil tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak itu jawab Zoo. Untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang tak boleh dibeli di tempat lain.
Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya
Ada masa-masanya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin dia orang berselisih dengan kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah besar bagi dia orang.
Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri
Mereka akan menirunya. Jangan kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jangan kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jangan gelabah.
Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali
Ade setengah budak kena banyak kali ajar, baru dia faham. Macam anmum punya iklan tu. Wardina tunjuk banyak kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari entah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sebab kalau marah nanti terbantut la proses pembelajaran dia.
Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah
Peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tidak salah lah saya selalu pimpin tangan anak-anak even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak ke dapur pun untuk bancuh susu dia orang. Kalau kat luar memang lah sah pegang sebab saya jenis serabut perut takut anak terlari tengah jalan ke.
Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda
Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Sedap dengar cerita dari mimpi. Macam drama tapi tiada skrip, tiada direktor dan tiada siaran ulangan.
Hargailah permainan kesayangan anak anda
Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
Biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi dia orang especially maknya. Macam cerita orang putih kan selalu dia gi bilik tidur anak dan selimutkan dia orang
Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna
Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garanglah. Itu sebenarnya dia menegur jadi, ubahlah. Jgn jadi too perfectionist pada anak-anak. Nanti mereka rendah diri.
Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah
Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih pentingdaripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak-anak sudah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah atau kita sendiri beri latihan dan perhatikan setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yang cikgu dia ajar.
Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja
Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo.. seram, tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi di hari tua kita.
Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda
Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.
Hmm.. banyak kisah pulak kan? Maaf lah..ada 20 tips so, huraiannya mesti panjang. Apapun, saya mengharapkan semua yang membaca akan mendapat manfaatnya. Sama-sama lah kita berdoa agar anak-anak menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati di dunia dan akhirat kelak.
2 Comments
nama anak juga perlu pilih yang betul. jangan fikir nak sedap je tapi maksud yang entah apa-apa.
ReplyDeletetak sabar nak kawen. nak anakkkk.
ReplyDeleteJOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan