Beli Kain Pasang Untuk Kain Sekolah 2019


Salam Maulidur Rasul buat semua pengunjung yang beragama Islam. Cuti umum hari ini.... siang tadi.. Mia dan Sofea pergi kedai kain Tekstil Nagoya di Giant Plentong Johor Bahru. Besar betul kedainya. Banyak pilihan kain pasang.

Tumpuan utama Mia pada kain pasang untuk kain sekolah. Niat di hati nak jahit sendiri kain sekolah untuk Sofea pakai tahun depan. Yang sedia ada sekarang ini dah singkat. Memang kena tukar pada yang baru.


Macam biasa. Sempatkan masa untuk selfie di depan kedai. "We've been here...."

Mujur kain pasang untuk baju, kain dan tudung sekolah berada di bahagian hadapan kedai. Terus lah Mia memilih fabrik kain yang sesuai.


Pilihan pada kain biru sekolah yang lembut dan tebal sedikit. Harganya RM7.00. Ni pun dah banyak orang beli. Nasib cukup 10 meter. Nak jahit 5 kain sekolah yang baru. Lepas ini dah boleh rancang dan mula menjahit di hujung minggu.

Selesai urusan terus pulang. Besar sangat Giant Plentong ni. Jenuh nak jalan kaki. Macam-macam kedai ada. Paling banyak.. kedai kasut. Sempat jeling-jeling juga. Kuatkan hati. Hanya beli kain pasang sahaja. Nasib belum gaji lagi.



** tak beli kain pasang untuk baju kurung putih... takut tak sempat jahit. Nampaknya beli yang dah siap je....


Post a Comment

7 Comments

  1. senang kalau boleh jahit sendiri kak mia. anak dilah masa masuk darjah 1 last year mak dilah jahitkan baju dan kain sekolah dia.. kain sekolah tu next year darjah 3 boleh pakai lagi. baju je kena beli baru sbb dah kusam dan comot. haha

    ReplyDelete
  2. sekarang rata rata kdai dah siap siap jual persiapan skulah thun 2019....teruja tgk pelbagai jenis stationary...

    ReplyDelete
  3. wahhh kak mia berjalan kemain sampai ke plentong sana...untungler sofea mummy dia jahitkan kain sekolah.

    ReplyDelete
  4. Lama tak singgah sini... apa khabar Mia?
    Ohhh punyalah lama tak singgah sini sampaikan Sofea pun dah sekolah hihi...
    Baju buat sendiri mmg fitlah dgn badan kan... tp tulah kena rajin...

    ReplyDelete
  5. Beli yang dah siap lagi jimat kan tapi itulah saiznya pula kadangkala tak berapa nak kena. Ada tu kena baiki pula huhh

    ReplyDelete
  6. kekonon olan baju melayu ilham nak tempah utk tahun depan.. tapi sampai la ni mak dia tak beli kain lagi 😋

    ReplyDelete