Mia tengok brochure ni sangat-sangat menarik. Dahlah upah simpannya rendah. Jadi ianya tidak membebankan kita semasa nak tebus barang kemas kita nanti. Boleh juga bayar sedikit demi sedikit... lama-lama akan habis tebus semuanya.
Yang best sekali.. bagusnya barang kemas yang digadaikan.. diinsuranskan sepenuhnya, jadi tak perlu risau kena rompak ke.. bangunan terbakar ke...
Hmmm.. sekadar informasi bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan pajak gadai POS ArRahnu ini. Lebih menjimatkan dari pajak gadai konvensional.
Diakui memang kadang-kadang kita ada emergency dan perlukan duit tunai dengan segera, daripada meminjam dari orang lain atau dengan pinjaman berlesen lebih baik kita gadaikan barang kemas di POS ArRahnu.
Pajak Gadai POS ArRahnu
Kemudahan Pinjaman Bercagarkan Emas
Mudah, Cepat dan Selamat
ArRahnu
RM0.85 bagi setiap RM100.00 nilai marhun
ArRahnu Simpan
RM0.65 bagi setiap RM100.00 nilai marhun
Cuci Emas
RM3 bagi setiap barang kemas (termasuk GST)
Insurans
100% diinsurankan
Penilaian Emas / Zakat Emas
Perkhidmatan percuma
Servis Terpantas
Tidak melebihi 15 minit
Deposit Tunai
Ke akaun bank terpilih
Terbuka kepada warganegara Malaysia dan warga asing
Pos Ar-Rahnu
Cawangan Skudai Johor Bahru
No telefon : 07-5566180
** banyak kelebihannya...
- Pajak Gadai Ar-Rahnu CO-OPBANK PERSATUAN
5 Comments
Saya ni sejak diperkenalkan dengan ar-rahnu, memang akan ke sinilah. Pajak gadai dalam islam adalah sesuatu yang harus dan wajar digunapakai semua umat islam.
ReplyDeleteyupp pos arrahnu atau arahnu bank rakyat pun ok, cuma tengok le arrahnu mana yang kena buka seal untuk emas yang kita letak, klu PG biasanya x buka seal, dan arrahnu mcm tu le yg biasanya akak cari...
ReplyDeleteWahhh baru tau pos malaysia ada ar-rahnu..
ReplyDeleteterima kasih atas informasi yang diberikan tu kak mia...jom pakat ramai2 ke Pos Ar-Rahnu Skudai..oparasi ahad hingga khamis 8.30pg-5.30ptg. in sha Allah kalian akan dilayan sebaik mungkin oleh pegawai2 Ar-Rahnu Pos
ReplyDeleteassalamualaikum mia..yer la baru tahu pejabat pos ada pajak gadai ni...
ReplyDelete** Mama Maszull