Tempoh Downtime Fractional CO2 Laser Skin Resurfacing




Sambungan dari entri sebelumnya di SINI. Memanglah kata orang kena kuat semangat. Tempoh downtime selepas rawatan  Fractional CO2 Laser Skin Resurfacing bergantung pada diri kita sendiri. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Tempoh downtime untuk Mia ialah 5 hari, semasa kulit lama yang mati di laser telah mengelupas.

Kulit muka memang merah menyala disebabkan kepanasan dek di laser. Jadi, kena minum air masak banyak-banyak di samping menjaga pemakanan yang seimbang. Setiap hari Mia akan pastikan Mia ada makan buah-buahan segar.

Agak berbeza, tempoh downtime ketika laser yang pertama di mana kulit muka tidaklah merah sangat dengan tempoh downtime yang singkat. Bila yang kali kedua ini, betul-betul kena sabar dan dilarang mengopek kulit lama yang mengelupas. Memang akan rasa tidak selesa sebab kulit muka menegang dan berwarna gelap serta kemerahan. Biarkan ianya tanggal sendiri dan kulit baru akan muncul selepas selesai tempoh downtime ini. 


Hari kedua - Kulit muka nampak sangat kemerahan


Hari ketiga - kulit muka yang kemerahan menjadi gelap. jika diperhatikan dengan lebih dekat akan nampak petak kotak segiempat yang di laser.

Hari kelima - kulit yang berwarna gelap telah mengelupas. parut jerawat semakin pudar lama-kelamaan.

Kulit muka yang baru haruslah dijaga dengan betul iaitu dengan mengenakan pelembap (moisturiser) dan juga krim sunblock. Sepanjang masa Mia akan pakai krim pelembap dan sunblock, tidak kiralah bila berada di luar ataupun di dalam rumah. Ketika tidur pun Mia pakai juga. Kena pandai jaga kulit muka baru ni, kalau tak, boleh jadi teruk. Ada pantang larangnya. Akan Mia ceritakan dalam entri seterusnya.


Kepada yang berminat boleh cuba hubungi Premier Clinic, 


Premier Clinic
Address: No.31 Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 WP Kuala Lumpur.
Contact No: +603 – 7732 5552 / +6012 -6625 552
Email: contactus@premier-clinic.com

rawatan estetik kecantikan...

Post a Comment

8 Comments