Kisah Masa Newbie : Letak Blog Sendiri Di Bloglist

Mia teringat pula masa mula-mula berblog, bila berblogwalking... ada terjumpa blog yang letak blog sendiri di bloglist. Masa itu tertanya juga kenapa ya... Maklumlah kita ni dalam kategori newbie manalah ada blog lain yang nak masukkan blog kita dalam bloglist mereka. Kecuali kalau join segmen bloglist... barulah ada. Itupun punyalah bangga bila blog kita dalam bloglist orang.... rasa macam nak melompat-lompat... gembira sangat...

Segannya Mia. Tapi itulah lumrah kita bila berblogging ini. Terasa satu perasaan yang begitu sukar nak diluahkan dengan kata-kata. Hanya yang pernah alami sahaja yang tahu macam mana...


Lama-lama kelamaan barulah Mia tahu yang ianya macam indikator pada kita setiap kali update blog. Adakah blog kita dah di update dalam bloglist orang lain? Kalau tak letak blog sendiri di bloglist, payah juga. Bila update blog nak kena semak kat bloglist orang lain sama ada blog kita sudah update ke belum... nak-nak macam musim sekarang ini bila ramai blogger menghadapi masalah feed blog yang tidak update. Memang patut letak blog sendiri di bloglist.

Apa-apa pun... kalau ia memudahkan, lebih baik kita buat. Senang nak tahu juga, siapa yang baru update blog selepas atau sebelum kita... 

Mungkin ada lagi kelebihannya. Cuma Mia hanya dapat huraikan yang ini sahaja. Sekadar perkongsian ala-ala santai dari Mia...

mood.. back to the past.....

Post a Comment

37 Comments

  1. Dulu pernah jugak letak blog sendiri kat bloglist ;D hee

    ReplyDelete
  2. sama la dgn yumida, yumida pun letak
    ada kalanya entry yg di setting auto publish x keluar
    nak tahu ia keluar or x juz refer kat bloglist kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... autopublish selalu macam tu... nak kena edit dan publish semula, barulah dia keluar...

      Delete
  3. betul tu kak mia.. kadang kadang tu memang tak update di feed bloglist.. sebab tu aiza pun sudah melatakkan blog sendiri dalam bloglist aiza.. hehe..

    ReplyDelete
  4. baru tau ni kak mia...tak buat pon sebelom-sebelom ni...just main publish je tak cek pon...thanks for sharing kak mia...nak buat jugakla...^_^

    ReplyDelete
  5. feed mmg ade prob kot. fae update entri last night, baru pagi ne keluar kat dashboard. hmm..

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum..kak mia,

    mcam mselim3 letakkan feedburner kat blog jd senang nak tahu entry kita updates atau x kat bloglist orang lain,...

    mselim3

    pls: yg penting blog kak mia ada dalam bloglist mselim3 hehehe senang nak pantau kak mia...heheheh..dah jd pengunjung tetap kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam... mselim.. tq ya.

      p/s: uikkk segan ni... ada orang pantau...

      Delete
  7. Salam Mia. Lepas baca entri Mia. Baru Taliff perasaan yang meletak blog dalam bloglist sendiri punyai kepentingannya. Nice. Tq for sharing

    ReplyDelete
  8. Sya pun letak blog sya dlm bloglist sendri kak mia..hehehe

    ReplyDelete
  9. ok sekarang sy letak jgk :) hahah..baru nmpak.thnk kak mia

    ReplyDelete
  10. sampai sekarang masih letak blog sendiri di bloglist..:)

    ReplyDelete
  11. dulu tak letak. tapi bila tgk org lain letak blog sdiri dlm list dorang, macam senang plak nak tgk blog kita dah bersawang atau tak. lps dari tu, saya letak. bila tgk blog sdiri dah ke bawah, saya tau lah yg blog saya dah mintak utk dibersihkan :)

    ReplyDelete
  12. Solehah pn sma msuk link blog sndiri dlm bloglist sndiri. Sbbnya, solehah nk bezakan entri mana yg solehah dh terjah dan belum terjah. Selalunya sblm solehah update entri bru, solehah akn bw dlu semua entri lama dlm bloglist, kemudian ble dh selesai komen semua entri lama dlm bloglist, brulah solehah post entri baru blog solehah tu :)

    ReplyDelete
  13. ohh baru la terjawab persoalan nina tu bila bw..

    ReplyDelete
  14. baru cik tahu ape motif mia letak blog sendiri dalam bloglist...tq sesangat..lepas ne cik pon nak letak...

    ReplyDelete
  15. Dulu tak tahu.. Tpi semakin hari semakin belajar knp org letak og sndiri dlm anrai bloglist...

    ReplyDelete
  16. Saya ada masalah url blog tak dapat di detect.. Huhu.. Ada saya PM sis kat Fanpage.. Hope sis boleh bantu.. Huhu..
    http://miezashaklee.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. sama ler dengan akak dulu-dulu letak blog sendiri kat bloglist......

    ReplyDelete
  18. tak pernah pulak letak blog dlm bloglist sendiri.. hehe.. mcm nak letak lah lepas ni. hehe

    ReplyDelete