Kisah Masa Newbie : Blog Kena Kutukan Dan Teguran


Sebenarnya menjadi blogger bukannya mudah. Apabila blog boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana jua oleh sesiapa sahaja, sudah tentu ada segelintir pengunjung tidak puas hati hati dengan kita.

Masa newbie manalah tahu sangat. Masih belajar dan mencari-mencari. Identiti blog masih  tidak jelas. Blog pun bukannya cantik sangat masa itu. Nak loading pun berat dan macam-macam ada  di laman utama.

Mia memang tidak lari dari menerima kutukan atau teguran dari dahulu sehinggalah sekarang.

Antara yang dikutuk atau ditegur... (ada lagi yang lain, tapi ini sahaja yang penting)
  1. loading berat
  2. entri merapu
  3. entri copy paste
  4. gambar besar
  5. widget banyak yang serabut
  6. tiada identiti
  7. comment moderation
  8. tidak mesra
  9. blog membosankan
  10. berlagak dan sombong
  11. blog panjang ke bawah dan leceh untuk scroll ke bawah
Memanglah masa itu, Mia ini siapalah kan.... blogger biasa sahaja. Bila tanya pada blogger-blogger otai, senyap dan membisu. Emel tidak berjawab. Sedihnya. Tak tahu nak tanya siapa. Nak belajar berblog pun, terpaksa belajar sendiri dan jadi silent reader. Bayangkan pada 2-3 tahun yang lepas, penggunaan facebook, twitter dan blog tidaklah sehangat sekarang. Dahulu merupakan kehendak, sekarang sudah menjadi keperluan.

Kalau ditegur atau dikutuk dengan ayat yang sopan, tidak mengapalah. Masih boleh diterima lagi. Tapi ini, dengan kata-kata yang kurang sopan. Kalau tidak kuat semangat memang boleh berhenti berblog. Cepat-cepat sedar dan berhenti daripada memikirkan yang negatif. Berfikiran negatif bukanlah jalan penyelesaiannya.

Masih ingat lagi, pada tahun 2010 itu, masa kena kutuk, Mia terus menangis dan dipujuk oleh Suami Mia dengan aiskrim cornetto. Memang terlalu sedih sangat. Tapi hati kena cekal dan kuat. Lalu Mia ambilnya sebagai positif dan jadikannya batu loncatan untuk terus maju ke hadapan dalam dunia blog.

Bagus sebenarnya kalau ada yang tegur dan kutuk blog kita ini, bolehlah kita tahu apa yang tidak kena dengan diri kita dan tidaklah kita ini berblog versi syok sendiri. Perlu diingatkan tidak semua yang boleh kita ubah. Jangan terlalu ikutkan sangat. Buatlah perubahan seadanya dan mengikut kemampuan  kita.

Antara perubahan yang Mia telah lakukan.. (sekadar perkongsian pengalaman Mia)
  1. Meringankan blog seringan-ringannya dengan membuang mana-mana widget yang tidak diperlukan, menukar layout blog kepada 2 column daripada 3 column, mengurangkan penggunaan coding yang mempunyai rujukan luar dari blog dan memperkemaskan layout blog dengan background berwarna putih.
  2. Entri di blog dipelbagaikan mengikut label, kesesuaian citarasa pengunjung dan diindeks oleh enjin carian.
  3. Entri copy paste akan dinyatakan sumbernya dengan perenggan pertama dan akhir adalah daripada penulisan Mia. Di ruangan tengah entri ialah petikan copy paste yang di italic kan.
  4. Skala gambar dikecilkan sedikit sekiranya di dalam entri ada banyak gambar.
  5. Bina satu identiti yang boleh buat semua pengunjung ingat sampai bila-bila. Slogan yang digunakan ialah Smile... Smile... Smile... sudah tentulah Mia akan sentiasa tersenyum...
  6. Buang comment moderation supaya pengunjung senang nak tinggalkan komen
  7. Mesrakan diri dengan blogger-blogger lain. Maklumlah Mia ini kan peramah orangnya.
  8. Ceriakan blog dengan aktiviti yang menarik dan menyihatkan. Macam-macam yang Mia buat iaitu kuiz, giveaway, segmen, jadi sponsor, carta pengkomen tegar dan aktiviti yang paling terbaru ialah dengan mendidik protege.
  9. Pendekkan blog supaya tidak terlalu panjang ke bawah, paling banyak pun 3 hingga 4 kali tekan butang page down ke bawah. Jumlah entri di laman utama blog dikurangkan kepada 3 hingga 4 entri mengikut kesesuaian dan juga seimbang dengan panjang side bar blog.
  10. Supaya tidak dikatakan berlagak dan sombong, Mia hulurkan bantuan pada blogger-blogger yang menghadapi masalah dengan blog sebab Mia pernah rasa sebelum ini, di saat gawat, tiada siapa hulurkan bantuan pada Mia. Memang sedih. Mia tidak mahu perkara yang Mia pernah alami berlaku pada blogger-blogger baru sekarang. Diakui memang tidak termampu nak tolong semuanya, tapi Mia hanya tolong mana yang Mia termampu dan di kala ada masa yang terluang. Suka dapat tolong orang, dan rasa happy sangat. Selain itu, Mia akan hargai sesiapa sahaja yang bertandang ke blog ini tidak kiralah blogger baru ataupun lama. Semuanya sama di mata Mia. Kisah Mia semasa belajar di OUM pula, Mia harap dapat menjadi inspirasi kepada pelajar lain supaya dapat belajar bersungguh-sungguh tanpa mengabaikan tanggungjawab lain.
Kesimpulannya di sini, semuanya terletak pada diri kita sendiri dan cara kita menerima kutukan dan teguran itu sama ada positif atau pun negatif. Jangan susah hati. Komuniti blogger ini tersangat besar. Sentiasa belajar dan terus belajar untuk berblog dengan berhemah. Masa pasti akan merubah segalanya...

hanya yang mengalaminya pasti tahu perasaannnya bagaimana....

Post a Comment

87 Comments

  1. Wahh.. hik3.. agak2 boleh tak dapat komen dari awk.. tentang blog saya dari segi loading dan widget smua :) sebab nak tahu gak :) hantar kat email ke - ladanzadellestreghe19@gmail.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mia dah check. blog tu agak berat loading 247.02 KB. nak komen banyak2 segan pula. mungkin penggunaan coding interactive dalam template blog. memang cantik walaupun tak banyak widget dan ada style.

      mungkin ada 12 entri di laman utama blog tu agak banyak. boleh kurangkan pada 6 ke... akan jadi lebih ringan. sekadar cadangan mia sahaja.

      Delete
  2. Saya pun macam tu juga masa mula mula berblog. Selalu je kena tegur :) Walaupapepun, tahniah lah kak mia dah berjaya lakukan perubahan. Support you ^^

    ReplyDelete
  3. Betul tu kak mia.. Pernah jugak kena kutuk dulu.. Tapi saya biarkan je.. Ubah apa yang patut kat blog.. :)

    Kdg2 orang yang kutuk ni, tak reti guna ayat yang lebih sopan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan sally. mungkin sekarang ini rasanya dah open-minded mungkin akan tegur dengan sopan.

      Delete
  4. salam sis mia.wooooow great experience...yelah kan kawan blogger lain ibarat cermin untuk kita.buat blog memanglah ibarat diari kehidupan,tapi kalau ada yang beri feedback,maknanya kita kenalah tengok a-z apa yang boleh diperbaiki.buat blog pun sebab nak bagi kawan baca jugak,kan.

    kebanyakan yang sis mia beri tips di atas ada juga saya dah buat.terima kasih sekali lagi..suka entri ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam alea... ni sekadar perkongsian tentang apa yang berlaku. terima kasih ya...

      Delete
  5. kdg2 kena tgk gak keadaan blog..masa awal2 xde pon tunjuk ajar...cuma banyak baca melalui blog orang je...lama2 baru sedar....banyak yg perlu dibaiki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp... dulu2 memang agak susah dan terpaksa cuba2 sendiri. sekarang dah mudah. ramai blogger yang dah buat tutorial.

      Delete
  6. sabarlah kak mia, saya pun newbie juga, hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena banyak bersabar dengan cabaran dan dugaan dalam dunia blog ini...

      Delete
  7. zaza dulu pun sama masa mula2..banyak belajar dengan blogger2 lain..alhamdulillah blog pun dah ok =) apa pun tahniah k.mia =)

    ReplyDelete
  8. Memang best pengalaman akak ni. Teruk jugak kan mereka mengutuk. Tapi siapa percaya akak dah sampai ke tahap sekarang ni. Kagum ngan akak!

    ReplyDelete
  9. klu org menegur dgn cara berhemanh msti kte ok n bley trime tp yg xtahan tu bila ada yg mgutuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. tapi memang kena banyak bersabar masa tu...

      Delete
  10. terima kasih kak mia sudi share info begini..bg newbie cam krole ni huh! amat berguna sekali...ble bce entri ni naik smngat krole berblog...nak tnye skit kak mia...blog krole berat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 krole... kak mia tengok blog krole tu ringan dan ada satu entri di lamab utama blog. tak perlu scroll ke bawah sangat. ok la. perfect tu.

      Delete
  11. Salam Mia,
    Satu catatan pengalaman yang sungguh bernilai bukan sekadar buat Mia tapi buat panduan semua blogger. Tidak semua blogger mahu berkongsi pengalaman dan ilmu, Mia salah seorang yg amat pemurah dan baik hati memberi. Bermula dengan kutukan dan kejian tapi dengan kesabaran, yakin dan usaha, kini masa untuk Mia menerima pujian dan ganjaran... You deserve it!

    Kalau Mia sudi berkongsi dengan kami, singgahlah ke blog2 kami...Berilah pendapat ikhlas tentang pandangan Mia terhadap blog2 kami. Kami juga perlukan sedikit pandangan terutama untuk kami memperbaiki blog2 kami agar tidaklah kami hanya syok sendiri dan tersasar jauh tanpa panduan. Kritikan Mia pasti kami terima dgn senang hati.

    Dari pandangan saya, kadang kala bukan sahaja entri yg perlu menarik dan berkualiti tapi personaliti blogger juga memainkan peranan penting dalam memikat hati para pembaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. kadang kalau mia nak berikan pandangan, takut ada yang berkecil hati.

      relaks minda pun ok. cuma agak berat sedikit dari segi loading. mungkin boleh kurangkan apa2 yang tak patut di laman utama blog.

      terima kasih ya bin muhammad... blog tu memang bagus dan boleh mendamaikan jiwa yang tidak tenang.

      Delete
    2. Syukur alhamdulillah...terima kasih Mia krn sudi memberi pendapat. Tidak pernah rasa kecil hati bila di komen, malah rasa bangga dan bertuah dgn setiap komen/kritikan krn ianya panduan utk memperbaiki kearah kesempurnaan. Blog saya memang berat, krn byk gambar dlm setiap entri...saya cuba kurangkan widget yg tidak perlu dulu...
      Terima kasih Mia...:)

      Delete
  12. Terima kasih kak mia sudi share pengalaman kak mia masa mula-ii jadi blogger , memamndangkan wani blogger baru , salah satu daripada tu wani pernah alami dan wani jadikan sebagai pengajaran .

    ReplyDelete
  13. semua blogger termasuk yang dah otai bermula dari zero.

    terima kasih atas perkongsian pengalaman ini. mungkin ia boleh dijadikan panduan buat newbie untuk terus menulis. apapun tahniah buat Mia kerana menjadi sumber inspirasi buat blogger2 lain..

    ReplyDelete
  14. sis boleh x komen sikit my blog ni. saya masih blur lagi ni. is my blog layout watsoeva ok? hope dpt sedikit tips & komen dari blogger otai :)
    http://aderakukeysah.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok dear.. kak mia baru sempat komen di shoutbox tadi. harap jangan kecik hati ya. mula2 dulu pun mia anggap blog tu macam rumah berhantu dan blog nampak ganas.. heheheh... mungkin sebab penggunaan warna hitam dan merah.

      keseluruhan ok la. mungkin itu identiti blog ini. takpe. pengunjung akan sentiasa ingat tu.

      blog tak berat loading dan nampak simple serta kemas.

      Delete
  15. Skang blog kak mia pon makin oke dan makin best! Hehe. Suka entry ni. Boleh jd panduan buat newbies yg lain. Thanks for sharing kak mia :-)

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah :) Semangat kak Mia sangat kental, kalau Aina taktau la masih boleh bertahan tak. Hmmm newbie memang payah nak cari identiti sendiri macam Aina laa. Sampai sekarang tak habis pikir lagi bila nak tetapkan identiti blog sendiri T.T Terkapai-kapai ku kelemasan hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je tu aina... cubalah. jangan terkapai2 lama2....

      Delete
  17. Bagi saya, Kak Mia sudah pun menjadi blogger otai & berpengalaman tinggi! Suka dengan cara Kak Mia, jadikan kutukan sebagai penyuntik semangat.

    Be strong always :)

    ReplyDelete
  18. Yahehuu. Sy seorang newbie and yes, pernah dikutuk. Bkn calang2 kutuk, dlm entry terus. Huhuhuh. Thanks for sharing, one of the inspiration for me to stay strong despite all the critics. Thanks, kak! :)

    ReplyDelete
  19. You are strong kak mia . Buat masa skrg , xde lg yg kutuk kutuk . And harap takde yg mengutuk . Just mengharap , kalau tak suka . Tegur dengan baik kan boleh :) And hope to be strong as you kak mia . Thanks for sharing kak mia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya natasya.... terharunya kak mia...

      Delete
  20. ada word moderation pun Kak Mia kena tegur? biasanya orang tak suka word verification aje.. takpe Kak Mia, sekarang Kak Mia dah makin maju dalam blogging :) keep on blogging!

    takut pula kalau kena kutuk macam tu.. kalau bagi kritikan membina tak mengapala, tapi kalau diberi kutukan macam2, taktau la nak cakap camne :(

    ReplyDelete
  21. Akak ni blog cam gitu ja dah bertahun coz blog syok sendiri kot...entahlah. Tengok blog org hati rasa membuak2 jelez. tengok pendapatan org dengan berblog lagi2lah jelez. Tapi nak berubah tak reti-reti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo takpe. kena rajin join mana2 komuniti blogger dan boleh belajar ikut tutorial yang blogger lain dah buat...

      Delete
  22. ermm... boleh belajar dari perubahan yang kak mia dah buat selepas mendapat kritikan...
    TQ for sharing this kak mia...

    ReplyDelete
  23. salam Mia...Saya dah lama ikuti perkembangan blog Mialiana. Tahniah mmg banyak perubahan yg positif. Follower pun ramai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam shaiful... wahhh terima kasih ya sudi follow blog mia ni. terharunya....

      Delete
  24. tq...tq..... tips yang baik...... ade yang awok udah buat... dan Insyallah ade lagi penambahbaikan yang akan awok buat....

    ReplyDelete
  25. Nice sharing... gud info... sngat berguna utk kami yg baru nak knal dunia blog ni...

    ReplyDelete
  26. setuju tu..tapi saya rase blog saya sedang memberatkan badannya la sekarang nie..tak tau knape kak mia...huhu..
    widget pun bukan banyak sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak mia pun perasan juga. berat coding kot.... nak kena check betul2 dulu baru tahu apa puncanya.

      Delete
  27. macam2 dugaan kan kak mia? huhuhu... tahniah kak mia sb smpai ke tahap ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah paly.... perlu sentiasa berfikiran positif...

      Delete
  28. alhamdulillah, tenguk kak mia dah berjaya sekarang mesti terbeliak biji mata diorang yang mengutuk dulu kan. part paling sweet tu bila suami kak mia pujuk dengan aiskrim cornetto. bestnyaa :D

    ReplyDelete
  29. itu perkara biasa. gua pun pernah kena gak. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah la kan... entri ini sekadar luahan mia dan berkongsi pengalaman...

      Delete
  30. assalamualaikum...
    pengalaman amal pulak dalam dunia blogging apabila kita menang dan ada yang tak puas hati.. macam2 mereka kata.. serius sedih dan tersentap seketika.. Bukan saya berkomplot pun dengan owner contest.. tapi saya tak kesah... buat saya lagi sayang dengan blog lagi ada lah :) keh3

    doakan saya terus berblogingg

    http://sayacikamal.blogspot.com/2013/02/menang-contest-blog-paling-cantik-dan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam amal.... sabar ya. tu pun diorang nak jeles. pelik juga. teruskan berblog dengan ceria ya...

      Delete
  31. Yang penting bila berbig hati kne kuat n cekal...nak nak kite bru dlm blog nih memg kne kritik atau kutuk.yg pntg kite de identiti sndri.

    ReplyDelete
  32. haha mmg bab kutuk mengutuk tu agak mencabar saya rasa...hanya yg kuat je boleh bertahan....

    ReplyDelete
  33. sepanjang 3 tahun berblogging memang iha dah jumpa dengan mcm2 ragam blogger.. tapi takpe semua tu menguatkan lg mental kita untuk terus berada dalam dunia blog.. walaupun pada awalnya iha pun dulu pernah rasa nak tutup blog jugak, tapi kita taktau siapa kita dalam 3-4 tahun akan datang kalau terus 'lepak' kat blog.. yg paling penting sekali, bila kita berada diatas, jangan sombong utk tidak membalas sebarang pertanyaan newbie.. sbb kita dah pernah merasa dulu blogger otai tak bagi respon bila kita tanya kan kak Mia.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan iha.. blog ajelah macam biasa. dan tak perlu sombong kalau ada orang minta tolong. kalau tak dapat tolong atau tak sempat nak tolong, cakap terus terang saja.

      Delete
  34. Terima kasih Mia kerana sudi berkongsi pengalaman yang amat bernilai ini. Catatan pengalaman Mia ini sudah tentu menjadi inspirasi buat blogger-blogger lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 ya kak salmi... blog kak salmi pun semakin lama semakin bagus penampilannya.. tahniah ya..

      Delete
  35. thnx sis sbb sudi reply my komen.. sbb kebanyakan blogger yg dtg (mostly from indon) ckp my blog berat, but after reading ur comment baru rasa lega. so x pyhlah nk fening kepala edit coding bagai XD

    ReplyDelete
  36. sadis sungguh exp Mia tu... so far Okje tak delah pulak org kutuk... lagi pun tak de sapa pun yg sudi nak datang... mia pun sesekali je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mia datang juga... jangan kecik ya hainom. banyak sangat dalam list ni..

      Delete
  37. assalamualaikum..cerita yang menarik..sy pun newbie jugak..huhuhu..segala teguran dan pandangan amat diharapnya supaya dapat dilakukan sesuatu yang lebih baik.. harapnya kak mia sudi la jenguk blog sy n kritik apa yg patut.huhu..

    http://muhamadnazri15.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. design blog nazri ok. cuma mouse trailing tu agak menyukarkan untuk di klik. penggunaan warna hijau terang yang agak tidak sesuai. cuba gunakan code color hijau yang tidak menyakitkan mata. blog loading ok. tq.

      Delete
    2. ohh..terima kasih kak mia..penyelesaian utk mouse trailing tu mcm mana? dan warna tu akan saya ubah nanti..terima kasihh utk komen nih..kalau nk komen lgi nant jemput la singgah,,sangat dihargai

      Delete
    3. sama2 ya nazri. mouse trailing tu buang je, jadikan kepada default yang asal.

      Delete
  38. Ikin pun pernah kena.. kutuk yang tak melibatkan perubahan blog.. tapi kutuk benda tak logik dan takde motif positif. -_-" Dia cemburu sebab blog Ikin macam nak dekat sama dengan blog kawan Ikin, padahal takde persamaan pun. Dia kutuk sebab tak boleh nak puji. Dia tu nak puji blog kawan dia je. Budak tu baru 11 tahun. Ada juga yg kutuk sebab kononnya Ikin ni copycats.. Peliknya? Copycats apa ke bendanya lah diaorang tu, mereka tu merapu, entahlah.. Saya belajar edit blog dgn cara sendiri je.. buat Ikin nak tiru blog orang. Menunjukkan kutukan tu yang tiada motif.. malas je nak tegur balik, takut ada situasi berdendam. Mujurlah Ikin ni chill! =) Kadang2, teringat juga.. kenapa diaorang kutuk benda paling tak logik. HAHAHAHA!!! Tak masuk akal, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun.. tapi kena juga bersabar... tq ya ikin atas perkongsian pengalaman ini.

      Delete
    2. diorang bosan la tu ikinasyiqin..huhuhu

      Delete
    3. lebih kurang macam tu lah, nampaknya..

      Delete
  39. Boleh jadi protage mia ni..kalo free boleh tolong view blog saya dan bagi nasihat, sy berbesar hati.terima kasih.

    ReplyDelete
  40. kadang-kadang kutukan dan kritikan membolehkan kita memperbaiki kelemahan kita ke mia senpai? zety terima sega kutukan dan kritikan dengan hati terbuka, jika mia ada sebarang jadangan atau kritikan mengenai blog zety sudi sudikanlah tinggalkan komen =)

    ReplyDelete