Tugasan Pertama Calon Protege Kedua Selesai


Alhamdulillah... dalam tempoh yang tidak berapa lama, ketiga-tiga calon protege kedua Mia telah pun membuat entri balasan selepas diumumkan dalam Calon Protege Kedua Mialiana.com. Masing-masing terkejut dan tidak sangka boleh terpilih dan secara tidak langsung menyatakan setuju sekiranya terpilih selepas Mia  dan Eraz membaca entri-entri mereka.

Jom terjah...

Sebenarnya, Mia tidak pun beritahu apa-apa tentang tugasan pertama. Mereka pun tidak mengetahuinya. Entri yang dibuat pun adalah secara spontan dan dari luahan hati yang ikhlas.

Terus-terang Mia katakan yang terkadang kita sendiri tidak tahu menilai diri kita. Tetapi pandangan orang lain terhadap kita berbeza. Mungkin nampak sesuatu dalam diri kita yang kita sendiri pun tidak nampak. Sukar untuk diterangkan dengan kata-kata tapi itulah yang Mia dan Eraz nampak dalam diri ketiga-tiga blogger ini.

Dulu pun Eraz, macam ini juga. Rasa tidak yakin dan terlalu fikir banyak yang negatif. Selalu berkata "Kak Mia, boleh ke Eraz buat?", "Jadi tak?","Wahh, tak sangkanya Eraz boleh buat juga." Tetapi sekarang, jauh berbeza penampilan Eraz dengan lebih yakin, positif dan berfikiran terbuka.

Memanglah tidak tahu dan tidak pandai, tapi kita kan boleh belajar, mencuba dan berusaha. Itulah kunci utamanya. Cepat atau lambat bergantung kepada usaha kita. Tidak semestinya apa yang kita buat akan terus berjaya. Mungkin akan menemui kegagalan. Tetapi harus jadikannya sebagai batu loncatan untuk terus bangun balik dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menguasainya. Pengalaman itu terlalu berharga. Dugaan tetap ada untuk menguji kita. 

Ikutkan hati Mia nak pilih ketiga-tiga blogger ini sekaligus, tetapi apakan daya, Mia dan Eraz pun ada komitmen lain. Kalau pilih seorang blogger, boleh beri lebih tumpuan dan fokus pada satu blog sahaja. Biarlah dalam kuantiti yang sedikit, yang penting hasilnya biarlah berkualiti.

Tinggi betul cita-cita Mia ini. Moga usaha murni kedua ini akan dapat terlaksana dan dapat mencungkil bakat dan potensi protege kedua kelak.

Tugasan kedua akan menyusul minggu depan melalui facebook pula... sabar ya...

Post a Comment

59 Comments

  1. Baguslah Mia. Tahniah pada yg terpilih moga dapat apa yg diimpikan..

    ReplyDelete
  2. wah bestnya... gud luck utk smua...

    mcm mana ekkk nk jd protege ni... tunjuk ajar ku sifu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. terima kasih ya alycia... tu ramai yang nak jadi protege, tapi mia kena pilih satu je...

      Delete
  3. assalamualaikum mia...mekacih mia !! risau juga boleh ke tidak buat nanti hehee...;)

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. kena pandai pikat mia untuk protege seterusnya nanti...

      Delete
  5. tahniah & all the best untuk semua yg terpilih

    ReplyDelete
  6. tahniah pada calon... ikut je tunjuk ajar mia tu ek..

    ReplyDelete
  7. good luck semua :) bestnya kalau terpilih jugak

    ReplyDelete
  8. terkejut bace fes tugasan dah slesai tapi tak trime ape2 pun, hehehe.. thx kak mia..

    # good luck untk sume, kalo dah terpilih, wat betol2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah saja nak buat surprise... thanks ya paly..

      Delete
  9. Tiada kejayaaan yang datang bergolek. Insyaallah anda juga boleh berjaya. Ikut segala panduan dan buat dgn ikhlas dan bersungguh-sungguh... Semoga berjaya buat Mia dan protege!

    ReplyDelete
  10. Tahniah buat calon protege tersebut ;)

    ReplyDelete
  11. wah....good! good luck yg terpilih..hebat la u olls..

    ReplyDelete
  12. wah... bersemangat betul mia
    semoga dipermudahkan urusan berkaitan dan paling bagusnya aye juga menunggu peluang kot2 boleh jadi calon untuk next projek (Ngeeee)
    Selamat maju jaya kepada mia dan juga protege yang tercalon. Good luck all

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk hehehe.. mia cuba didik setakat mana yang boleh... terima kasih ya...

      Delete
  13. Tahniah yang terpilih,,sure bertuah jadi portage Mia..

    ReplyDelete
  14. kak Mia...Farah datang... he ha... ekekeke...thanks sebab tag...pagi tadi sibuk sikit...sampai x sempat nak berblogwalking....ekekeke...erks...itu kira tugasan pertama ker...x tau pun... apa2 pun thanks kak mia...

    ReplyDelete
  15. wah dah siap tugasan pertama....mantap2 mereka ni....

    ReplyDelete
  16. Gud luck kpd mentor dan protege...
    Macam macam aktiviti yeh!

    ReplyDelete