Terima kasih Open University Malaysia !


Pertama sekali Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Open University Malaysia kerana telah banyak membimbing dan membantu Mia untuk mendapatkan segulung ijazah yang begitu bermakna buat Mia. Terasa pengalaman belajar selama 4 tahun terlalu banyak berharga.

Keputusan 4 tahun lepas ketika ingin memilih Open University Malaysia sebagai tempat untuk menyambung pengajian degree ternyata tidak sia-sia. Mia suka cara pembelajaran di sini. Amat sesuai dengan jiwa Mia. 

Terima kasih juga kepada OUM kerana telah memilih Mia untuk menerima Anugerah Dermasiswa Yayasan Canselor OUM selama dua tahun berturut-turut pada tahun 2010 dan 2011. Mia juga ada di dalam Portal Rasmi Open University Malaysia sepanjang tahun 2012. Tidak cukup dengan itu, Mia ada juga dimasukkan di dalam buku Propektus Open University Malaysia 2012. Begitu banyak penghargaan yang Mia terima daripada Universiti tercinta. Terasa seperti hendak mengalirkan air mata.

Tahun ini, fanpage OUM turut bantu mempromosikan blog Mia untuk DiGi WWWOW Awards 2012. Syukur alhamdulillah blog Mia berada di ranking ke 2 selepas undian di tutup sekaligus berada di dalam Top 10 Blogger of the Year. Terima kasih tidak terhingga.

Tahun lepas, kisah Mia tentang kejayaan di dalam pelajaran dan juga pertandingan blog dan rekabentuk grafik peringkat negara ada dalam majalah korporat OUM, OUM Today issue 86.

Terima kasih juga kepada Encik Abdul Rahim, Pengarah OUM Johor yang banyak memberikan panduan dan galakan kepada Mia. Juga banyak menasihatkan Mia semasa pengajian di OUM Johor Learning Centre.  Mia juga ada bagi talk untuk pelajar baru ambilan Semester Mei 2010 tentang kisah pengurusan masa, tips-tips belajar dan berkongsi pengalaman bersama pelajar baru.

Apa yang dikecapi hari ini adalah daripada usaha yang keras dan jadual pembelajaran yang ketat selama 4 tahun supaya Mia boleh memberikan komitmen kepada keluarga, belajar dan juga kerjaya. Kerana Mia terlalu percaya pada "Usaha Itu Tangga Kejayaan", tanpa usaha tentu sukar nak berjaya. Ditambah pula dengan doa daripada ahli keluarga dan juga semua rakan-rakan yang mengenali Mia. 

Syukur sangat-sangat sekarang ini. Alhamdulillah, tidak lama lagi Mia akan menghadiri konvokesyen  untuk Bachelor of Information Technology (Hons) pada 16 Disember 2012 dengan Anugerah Dekan CGPA 3.80. Terima kasih kepada semua lecturer/tutor yang mengajar Mia selama ini. Jasamu akan tetap dikenang. Betapa rindunya saat-saat masa belajar dulu.

Terima kasih Open University Malaysia!


Sekadar selingan.... Lagu yang penuh dengan inspirasi dan harapan... The Climb. Mia suka sangat lagu ini. Bukan senang untuk berjaya dan bukan mudah untuk hadapinya. Hanya kekuatan diri yang boleh atasinya dengan semangat yang kental.


p/s: bergelinangan air mata, hampir menangis ketika menaip entri ni...

Post a Comment

44 Comments

  1. tahniah kak mia .. wow dpt anugerah dekan..anugerah yg slalu d kejar. moga akk sukses selalu ^^

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak mia..3.80 tu sgt awesome...
    tahniah sekali lagi :)

    ReplyDelete
  3. wahhh...boleh la KB refer dengan mia pasni pasal projek final year ke... tahniah mia grad dengan anugerah dekan...dasyat tu..





    p/s: tak tahu nak panggil akak ke apa sbb tak tahu umur hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uikkk hehe... Segannya. Ala, KB tentu boleh buat punya...

      Terima kasih ya...

      p/s : rasanya Mia lebih tua dari KB..

      Delete
  4. Ini terbuka hati nak berlajar di OUM nie. Tapi hati tak terbuka untuk berlajar lately ini.

    Tunggu sampai masa yang sesuai kot

    ReplyDelete
  5. tahniah kak..phat ni entah bila nak sambung huhu

    ReplyDelete
  6. wow! 3.80 tu..dahsyat2!
    tahniah sis!!

    www.suriaqistina.blogspot.com
    www.buluhvoice.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. tahniah Mia OKje tumpang gembira dan bangga dengan Mia!!!

    ReplyDelete
  8. wahh, congratz.. resume kak mia msti bernilai tinggi ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ya caliph.. sudi doakan kak mia aritu. belum sempat buat resume ni tapi dah apply mana-mana jawatan kosong by online....

      Delete
  9. huiyoo hebatnya ! blh buat akk sebagai idola bella. :)

    ReplyDelete
  10. tahniah kak mia...
    rasa kagum dengan usaha kak mia~~
    berkat usaha kak mia 4 tahun sangatlah berbaloi...

    anugerah dekan-->memang impian setiap student.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya ruha... memang susah nak dapat anugerah dekan tu, tapi kalau usaha sungguh2 insyaAllah, boleh...

      Delete
  11. Tahniah Kak Mia... Kejayaan yang sangat membanggakan. Moga ia boleh dijadikan contoh pada mereka yang telah berumahtangga dan bekerjaya.

    Sememangnya "Usaha tangga kejayaan".. Berkat sokongan insan2 yg akak sayangi dan usaha gigih, segalanya bukan mustahil. Moga akak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana pula.. All the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya nur... toucging nya kak mia bila baca komen nur ni... sweet sangat. kak mia pun doakan untuk nur juga... ;)

      Delete
  12. tahniah kak mia..shida bgga ngn akak tau :)
    oh! my idol :)

    ReplyDelete
  13. Abdul Rahim Mohamed AminTuesday, October 09, 2012 9:42:00 pm

    Alhamdulillah dan tahniah Puan Juliana diatas pencapaian cemerlang. Sesungguhnya kami di OUM amat gembira dan bersyukur diatas pencapaian cemerlang Puan. Semoga Puan akan terus berjaya dengan cemerlang didalam semua bidang yang diceburi. Semoga kejayaan Puan ini akan menjadi pembakar semangat serta contoh kepada semua pelajar, khususnya pelajar-pelajar dewasa yang belajar separuh masa seperti Puan. Terima kasih dan syabas kepada semua Tutor dan Pensyarah yang terlibat tidak lupa juga staf OUM.

    Tahniah dan syabas semua.

    Pengarah, OUM Johor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ya Encik Rahim di atas komen ini. Terharu sungguh bila mendapat full support daripada OUM . Semoga menjadi inspirasi dan idola kepada pelajar-pelajar lain.

      Terima kasih OUM...

      Delete
  14. I pun x-student OUM. memang TERBAIK!!! planning nak buat master @ OUM

    ReplyDelete