Kisah Masa Newbie : Follow Blog


Hmmm... masa mula-mula Mia newbie di bidang blog ini, Mia asyik blogwaking dan lepak ke blog-blog yang ramai follower. Masa itu, Ben Ashaari masih lagi 2000 follower dan juga blog-blog lain. Mia lebih suka jadi silent reader. Ya lah kan... masa tu segan nak komen kat blog yang famous, kita ni kan masih baru lagi.

Terfikir juga Mia macam mana nak dapatkan follower yang banyak ya... selain daripada buat segmen? Kalau nak follow banyak blog dalam satu hari pun macam tak larat. Follow sahajalah beberapa blog. Nak-nak masa itu Mia sedang belajar jarak jauh di Open University Malaysia (OUM).

Hasrat di hati memang tinggi cita-cita nak dapatkan follower yang ramai. Nak dapat ramai kawan. Pernah ada satu masa Mia blogwalking dari shoutbox le shoutbox blogger lain sehingga sampai semua blog telah habis di follow. Hmmm macam mana ya caranya nak cari blog yang belum di follow? Kemudian Mia pergi ke blog yang ramai follower, tengok kat Google Friend Connect Widget dan follow satu persatu followernya. Adeiii.. Habis pecah rahsia Mia.

Mula-mula ayat yang Mia guna "i follow u, jangan lupa follow i balik ya..." Memanglah lebih kurang begitu bunyinya. Lepas itu, Mia kena tegur dengan beberapa blogger. "Apa ni paksa-paksa orang follow blog dia balik pula". Memang sombong blogger tu, sampai sekarang Mia masih ingat lagi. Mentang-mentang follower dah banyak... Sedihnya, dah lah menegur dengan cara kasar lepas tu marah-marah pula. Langsung tidak ada bagi support kat blogger baru... Perlu diingat, jumlah follower lah yang menaikkan nama satu-satu blog itu.

Selepas itu, Mia tukar ayat "jejalan dan follow sini"..."follow sini"... Ayat yang simple. Follow sahaja mana-mana blog tanpa mengharapkan balasan di follow balik. Tidak kedekut untuk follow blog orang lain. Kalau dah follow tu, jangan pula unfollow balik. Eh! Ada juga blogger yang buat macam itu. Tapi Mia tak buatlah, tak baik tau..

Sehinggalah kini, semasa blogwalking Mia selalunya akan follow terus blog yang belum di follow. Bagi support kat blogger baru. Sebab masa zaman Mia newbie dulu, tidak macam sekarang ini. Tidak ramai blogger yang peramah dan mesra alam.

Perkara pertama bila kita terjah blog yang belum dikunjungi tentu kita tengok berapa jumlah follower nya kan? Betul tak? Kalau banyak follower, tentu kita tertanya-tanya, apakah yang membuatkan orang lain boleh follow blog dia... best sangat ke blog dia... lepas itu secara tidak sengaja, kita mulalah lepak blog dia senyap-senyap dan barulah tahu jawapannya.

Apa yang Mia nak simpulkan di sini, bukannya senang nak dapatkan follower yang banyak. Kena rajin usaha dan kenalkan blog sendiri. Kena ada niche sendiri. Macam-macam strategi boleh dibuat dengan perancangan yang teliti. 

Contohnya lah kan...kalau sebut nama blogger Mia Liana, teringat apa? Hah.. macam tu lah.. Jangan marah ya, ini sebagai contoh sahaja.

p/s: semua blogger yang banyak follower bermula dari 0 follower....

Post a Comment

43 Comments

  1. Askm Mia,
    Macam-macam carakan? apa pun memang perlu support blogger sama blogger. Kalau boleh biarlah mesra ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ummi iman. haah... yang penting jangan sombong dan apalah salahnya support sesama blogger...

      Delete
  2. As Salam, betul tu. Nak dapatkan follower tu biarlah cari yang betul-betul ikhlas nak follow blog kita. Sebenarnya tak perlu nak paksa orang follow blog kita. Tak kiralah kita ni newbie or otai sekalipun.

    Apa yang penting adalah membina rangkaian kita. Ini lebih penting dari kita amalkan i follow u, u follow me back.

    Yes, memang saya akui dulu saya pun buat begitu dengan blog lama saya. Tapi dengan blog baru memang saya takkan buat. Saya hanya akan follow blog yang menepati kriteria yang telah saya tetapkan.

    Saya lebih suka kalau orang follow blog kita tanpa disuruh. Kerana disitu barulah kita nampak sama ada orang betul2 nak follow or just sekadar nak upkan follower.

    Pada saya. kalau kita follow blog orang lain semata2 nak upkan bilangan follower pun tak guna juga. sebabnya berapa ramai yang akan kembali untuk membaca penulisan kita kan.

    Follower yang ramai sebenarnya tak memberikan jaminan apa2 pun. as long kita tahu bagaimana nak kewujudan kita disedari oleh orang lain. adalah dengan membina rangkaian kita dengan blogger lain.

    Saya dah lama tak guna chatbox or shoutbox. sebab saya tahu. orang yg blogwalking di chatbox biasanya mereka tak baca apa2 pun kat blog kita. mereka cuma terjah dan tinggalkan jejak di situ sahaja. sebab tu saya dah tak letak chatbox. sebab saya nak galakkan orang datang komen daripada tinggalkan jejak di chatbox.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo gitu. terima kasih di atas pandangan yang diberikan. terpulang pada kita sendiri yang nak ianya macama mana...

      sekurang-kurangnya jangan main follow aje.. at least baca dan belek2 lah blog tu dulu, ok ke tak, barulah follow...

      Delete
  3. simple je dunia berblog ni
    tak susah nak follow balik hehe
    follow je

    die jadi nak kejar follower tu bile nak kejar popular dan duit.

    haaa.tu yg jadi cmtu.hehe

    blogging for fun je dah la

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah kejar duit dan popular tu yang jadi susah... kadang boleh lupa daratan... yang penting kita kena sentiasa beringat dan blog ni hanya untuk mengisi masa lapang...

      Delete
  4. sejarah yang menarik dan memberi panduan bagi mereka yang masih ditakuk yang baru..seperti waalid..waalid tidak mengamalkan 1 follow u..follow me back..cuma waalid biasa menggunakan ayat "dah folo sini" dengan harapan dibalas benda yang sama..hehe

    apepun..isi kandungan entry dan blog antara point yang paling penting dalam berblogger..kalau blog glemer..isi macam haram(dengan maaf)..tak jadi jugak..hehe..

    sekkadar memberi pandangan peribadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih di atas pandangan waalid tu...mia pun setuju.

      Delete
  5. wahhh...i like...betul2...masa dulu (skrg pn sama gak la), still tertanya tanya mcm mna blh ada follower smpai beribu....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. kena rajin blogwalking, follow blog orang lain dan tidak sombong. kalau sombong nanti takde sapa pun nak kawan dengan kita.

      Delete
  6. BETUL TUH setuju..yg penting kita ikhlas dlm berblogging ni..

    ReplyDelete
  7. Sangat-sangat setuju.... OKje pun suka folo memfolo ni...dan tak mau paksa orang folo balik... suka hati diaorang le nak folo ke tak.. ( dalam hati... folo le... folo le.... he...he..) Apa pun bersyukur apa yang ada sekarang ni walaupun follower tak ramai tapi alhamdulilah ada kemajuan... entri OKje pun ramai juga yang komen dan baca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok good.. yang penting orang suka datang blog kita kan...

      Delete
  8. btol tu...yg pnting kite tau ape niat kite nk bblogging... :)

    ReplyDelete
  9. setuju. blogger yang ada follower yang ramai pun mesti bermula dari 0 :) anis sekarang pun masih newbie. start lepas habis spm tahun lepas blogging nie, berhenti 10 bulan sebab masuk matrik, sekarang baru start balik. so, nak up kan follower kena laa rajin blogwalking, baca entri diorang. bagi komen2 yang membantu, terjah semua orang. follow semua orang :DD

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul tu. kak mia sokong ni. all the best ya aniss di dunia blogging ni... :)

      Delete
  10. Replies
    1. uikkkk heheheh... ala segannya... mia ni biasa2 aje...

      Delete
  11. cara sy nak memperkenalkan blog sy ialah dgn komen dan letak url entry terbaru sy... supaya diorg senang nak dtg ke blog sy...

    soal follower ni sy tak kisah sngt... bg sy biarlah follower sikit tp selalu terjah ke blog sy... sy memang tak amalkan "i follow u, u follow me"... segmen pun sy jarang nak join...

    sy hanya tinggalkan url je kat ruangan komen yg sy dah bce entry dia... singgah tak singgah, sy tak kisah... huhu...

    nk berblogging ni kena ikhlas...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/semangat-buat-dato-lee-chong-wei.html

    ReplyDelete
  12. salam...

    perkara standet yang dibuat kalau mule2 menjadi blogger...heee

    ReplyDelete
  13. xpernah lagi la rsanya nak minta org follow balik.hehehe

    tpi kak mia antara 10org pertama yg follow eca.
    waktu tu belum berdomain sendiri lagi.hehehe
    ne entry berkenaan http://www.ecadwinkyasha.com/2010/09/10-1.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh touching.. kak mia baru je semalam komen entri tu.. so sweet... dulu lain.. sekarang dah lain... hihihi

      Delete
  14. hehee..betul kak mia, shida dulu pun mcm tu time jd newbie mmg femes sgt pakataan tu "i follow sini nnt follow balik ye" sampai skg msih wujud lagi perkataan tu cuma itulah mmg siksa juga nk capai followerke angka 1k dulu, dulu kuat gak follow2 nih tp skg dah slow skit hahaa^^ sape follow i follow ekekkee :p
    nk share ngn kak mia ni,
    pernah sorg blogger ni hentam2 org or newbie minta2 follow2 ni bagi shida benda ni xsalah sbb semua newbie mcm ni dan shida teringat msa blogger tu newbie pn dia minta shida follow dia balik sbb dia dah follow shida, msa tu dia newbie now dia da up skit suka hentam2..haishh xsuka mcm tu mcm lupa daratan pn ade blogger tu ~
    sekadar berkongsi kawan2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk heheheh shida.. jangan disebut blogger2 yang lupa daratan tu... biarkan mereka..

      kita buat hal kita sendiri, belajar menghargai apa yang kita ada. memang susahkan nak dapatkan follower. tapi kalau usaha, tentu akan membuahkan hasil..

      Delete
  15. salam;
    terpulang pada diri sendiri macam mana nak mempekenalkan atau nak promote blog sendiri..banyak tip2 yang telah diperturunkan oleh blogger otai..biasalah apa2 saja yang kita lakukan mesti ada cabarannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah goku... search kat google je, banyak tips yang akan keluar... pilih saja mana satu dan ikutlah tips mereka tu..

      Delete
  16. waa kak miaa~ hikhik umi suka gila entry yang ni. hekk umi selalu buat macam tuu. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah! umi.. kena hati2 ya... ada blogger yang suka dan ada blogger yang tak suka... tapi jangan risau kak mia ok je... nak suruh kak mia follow balik, beritahu je...

      Delete
  17. baby pun masih newbie, masih baru sgt dlm dunia ni.. takut jgk nak harungi semua ni kdg2 tu. tp seikhlas hati berada kat sini,dan mengharapkan org lain pun menerima diri ini seikhlas hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala baby ni.... baby pun sweet orangnya... kak mia terima baby seadanya... peace ^_^

      Delete
  18. yaya pn baru lg ^___^ tp sepatotnya jadi blogger kena mesra kan

    ReplyDelete
  19. sama la mcm saya kak mia, dulu mmg amalkan klu kita follow dia, dia pun kena follow kita. tp tu kan paksaan. takkanlah nak paksa2 orang pulak kan. dia nak follow atau x tu bergantung kt dia. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah cik beruang. sebab masa dulu kita tak tahu. tahu2 je kena marah... hehehhe...

      Delete
  20. Wah...rajinnye..teringin nak try cara tu jugak..tp segan la, sbb entry fiqah x seberapa..huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm... nanti fiqah akan lebih bersemangat nak blog bila dah ada ramai pengikut / followers nanti. percayalah..

      Delete
  21. bila kak mia citer cmni, sy tingat wktu mula2 bW.. sy ada singgah satu blog yg femes, ribu2 org folo dia.. heran laa cmner ramai cmtu org folo dia.. shoutbox pun sy terkial2 pakai.. nk singgah comment kt situ pun rsa segan.. so, sy lebih kpd silent reader wktu tu.. rajin bW jaa.. siyes, satu ayat ni sy x pnah shout smpai skrg "sy dh folo awk, pls folo sy blk".. sbb sy pcaya klau kita bina imej yg baik utk blog kita, scara sendiri nti org akan folo kita ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu caliph... entah2 sampai sekarang ni pun kita masih tak tahu siapa silent reader kita, kawan ataupun lawan... hehehe

      Delete
  22. kak mia, nanti share laa perubahan yang kak mia alami lepas ambil kolagen ni. miza macam berminat tapi nak tunggu review dari kak mia :) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok. dear. baru je pakai beberapa hari... nanti kak mia update kat blog...

      Delete
  23. kak..sy bukan newbie..kihkih..tp mood nak ramaikan follower tu kjap ada kejap takde..hehe bila baca post akak, tersentuh lak hati huhu

    ReplyDelete