Semalam petang selepas sahaja beraya satu keluarga Mia di luar wad ICU Hospital Pakar Puteri. Tiba-tiba Suami Mia dapat panggilan telefon menyatakan Atuk Suami Mia telah kembali ke rahmatullah.
Masa bergegas ke Kota Tinggi petang semalam
Terus serta-merta kami berdua bergegas ke Kota Tinggi dengan menumpang kereta Adik Suami Mia. Keluarga Mia dan Sofea berehat di rumah Mia dahulu. Memang kami tidak bawa Sofea kalau pergi melawat orang meninggal. Sofea kecil lagi. Minggu lepas dah melawat Arwah masa dimasukkan ke Hospital Kota Tinggi.
Bila sampai sahaja di rumah Arwah, dah ramai sangat saudara mara yang berkumpul. Arwahnya berada dalam keadaan tidur ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semalaman dibacakan surah yassin oleh sanak saudara. Jenazah akan dikebumikan pada pagi ini.
Doakan agar rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...
p/s: pukul 1.00 pagi tadi balik semula ke Batu Pahat... sebab memang nak raya di sebelah keluarga Mia dahulu...
12 Comments
al fatihah buat arwah
ReplyDeleteamin... terima kasih ya eryati...
Deletesalam takziah buat sis sekeluarga.. Al-Fatihah moga arwah atok kesayangan ditempatkan bersama gol.beriman dan dicucuri rahmat.
ReplyDeleteamin... terima kasih ya aida...
Deleteall-fatihah
ReplyDeleteterima kasih ya shaiful...
DeleteAl-Fatihah..
ReplyDeleteMoga arwah ditempatkan dlm kalangan org yg beriman.
amin.... terima kasih ya salmi..
Deletesalam takziah utk kak mia & keluarga. semoga arwah tenang di sana
ReplyDeleteamin... terima kasih ya baby...
Deletesalam takziah kak mia,
ReplyDeleteTerima kasih ya Shida...
Delete