Pagi semalam selepas punch jam 7.40 pagi di pejabat, terus terasa lain bila bawa kereta ini. Belek punya belek rupanya ada pula skru melekat kat tayar kanan belah depan. Peliknya, rakan-rakan sepejabat lain yang lalu kawasan itu tak terkena pula. Masa Mia lalu boleh kena pula. Alahai, sayangnya sebab baru sahaja tukar kedua-dua tayar bahagian hadapan dengan tayar Dunlop pada hari Sabtu 26 Mei 2012. Terus hilang mood di waktu pagi...
Ini adalah kali ketiga kejadian pancit tayar yang berlaku di pejabat semasa sedang direnovasi. Cepat-cepatlah siap, tak tahulah dah berapa banyak tayar dah kena korban. Keselamatan lagi penting, kalau kena tayar tidak mengapa, kalau terkena kaki, alamat kena pergi hospital lah jawabnya. Kisah pancit sebelum ini ada dalam entri INI.
Hmmm... kerja pun tak dapat nak konsentrasi sebab asyik fikirkan tayar. Bila kedai tayar dah buka, cepat-cepat pergi ke kedai dan betulkan. Lepas dicabut skru itu, terus ditampal. Barulah lega sedikit....
Jom tengok gambar.... zassss...
p/s: simpan skru tu buat bahan bukti....
9 Comments
Contractor kena lebih peka sewaktu buat kerja. Kena 3 kali huh...
ReplyDeleteTu la. Mia dah komplen kat Bahagian Kejuruteraan...
Deleteala ciannyer.....duit melayang lagi la kan
ReplyDeleteterima kasih. nasib tampal tayar taklah mahal...
DeleteKesiannyer dia...cantik sport rim...
ReplyDeleteterima kasih... sport rim memang dah siap2 ada masa mula beli dulu...
Deleteteringat beberapa bulan lepas...percubaan nak tukar tayar kereta bersama ibu tersayang...tapi x menjadi sebab skru ketat sangat!bahahahahha!
ReplyDeleteooo memang ketat.. kena ada tenaga yang kuat baru boleh bukak....
Deletetu tayar clip body kit kot...
ReplyDelete