Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Telah Lulus


Syukur alhamdulillah, permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah pun lulus. Semalam, posmen yang hantar surat ini. Terus tanpa berlengah lagi, cepat-cepat buka surat ini. Wah.... terharunya. Senyum lebar sangat-sangat, tanda gembira.

Memandangkan Mia pun dah nak habis belajar, maka tiba masanya suami Mia sambung belajar pula demi mencapai cita-citanya. Tahun ini suami Mia sambung belajar secara sepenuh masa. Jadi, memang layak untuk Mia buat permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Bulan lepas, Mia ada buat semakan di pejabat LHDN Bandar Baru UDA untuk pastikan sama ada permohonan lulus atau tidak. Bila disemak dalam sistem, katanya lulus dan cuma tunggu surat sampai sebelum bulan April. Masa tu suka juga tapi risau selagi surat tak sampai selagi tu hati ini gundah gulana.

Rupanya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mengikut fasa. Mia pula tersenarai fasa yang ke-4. Terfikir juga, ada berapa fasa ya.. kesemuanya?

Tapi yang pasti, minggu depan hari Isnin 12 Mac 2012, Mia akan pergi mengambil baucer ini di Kelab Sukan Taman Universiti. Kata jiran Mia, orang yang buat permohonan tu yang kena hadir sendiri, tidak boleh wakilkan orang lain. 

Terima kasih tidak terhingga kepada Kerajaan Malaysia ...

1 Malaysia... Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan ....

p/s: tak kisahlah walaupun lambat, janji dapat.....

Post a Comment

15 Comments

  1. alhamdulillah.. sy ambik ahad ni kak.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Kalau dah rezeki kita, pasti tak kan ke mana, kan mia. Alhamdulillah....:)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, Syukur nikmat....dapatlah meringankan apa2 yang memberatkan

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah rezeki..dapat juga kan..haritu rasanya lain diorang umum sekarang dah berfasa2 pulak..ramai sgt kot..hehe

    ReplyDelete
  5. smlm sy bru ambik...alhamdulillah..rezeki anak2.

    ReplyDelete
  6. aku dah dpt hujung bln lps.
    terus buat topap beli gelang baby... gelang BR1M namanyer hihihi!!

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah... munna pun dah lulus ...tapi sampai skrg belum dpt surat kelulusan lagi...

    ReplyDelete
  8. tahniah..... semoga dapat menggunakan sebaik-baiknya....

    ReplyDelete
  9. KUTOOO PUN BRU DPT NK BUAT ENTRY GAK LAH..

    ReplyDelete
  10. slm sis!alhamdulillah tadi hubby saya call bthu ada srt.kami ambil sabtu ni di dengkil,sepang.alhamdulillah dpt beli uniform utk kokurikulum si kembar ^^ cuma saya x baca lagi surat tu,tak tau kami ni fasa ke berapa :)

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah.. rezeki tu.. tahniah laa

    ReplyDelete