Hari ni, Mia berceloteh secara santai-santai saja. Memang tidak dinafikan Mia sekarang ni terlalu dan amat sibuk dengan menyiapkan 1 projek sistem dan 1 assignment pada lewat malam ataupun awal pagi setiap hari. Kalau dah tak ada idea, belajar online ataupun baca buku je. Masa berlalu terlalu cepat. Tup..tuppp lagi 2 bulan Mia dah nak habis belajar.
Di kala ini, ada juga rasa down dan sedih sebab terasa macam patah semangat untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar, wanita yang bekerjaya, surirumahtangga, ibu dan isteri. Mujur Suami Mia amat memahami dan rasa syukur sangat sebab dialah yang banyak memberikan peransang pada Mia selama ini. Keluarga Mia dan keluarga sebelah Suami Mia pun banyak membantu.
Bila Mia terpandang kata-kata keramat dari seorang teman di facebook, "kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah", mulalah kembali semangat dan berkobar-kobar untuk melaksanakan semua tanggungjawab di atas.
Harus kuat dan tabah menjalani liku-liku hidup ini. Bila dah tensen, semua benda pun tidak menjadi. Jadi, kena relaks dan selesaikannya satu persatu. Bila sedih, air mata sahaja lah jadi peneman setia. Pengurusan masa memang sangat penting. Perlu kuat...
Mia nak minta maaf sangat sebab tak dapat nak balas komen-komen pengunjung blog ini buat sementara waktu. Namun begitu, Mia tetap akan cuba update blog ini setiap hari. Sayang kat anda semua...
2 Comments
memang bukan sesuatu yg mudah xpa sokongan dan bantuan org terdekat....semoga berjaya mengharung semuanya dgn jaya..:)
ReplyDeleteSemoga berjaya nanti yer..
ReplyDeleteDah berjaya buat Multiple link in one single click.. thanks yer..