Aktiviti Menukar Tayar Yang Pancit


Bersambung dari entri sebelumnya, Tayar Pancit Lagi Buat Kali Kedua

Kisah pagi Jumaat lepas, disambung pula dengan aktiviti menukar tayar yang pancit. Suami Mia bertungkus-lumus membuka skru tayar yang ketat dari hari gelap sehinggalah hari dah cerah. Macam-macam cara dibuatnya. Berpeluh-peluh dia buat kerja. Mia tolong juga sikit-sikit. 

Selepas dah dibuka, rupanya ada paku besi yang bengkok melekat kat tayar. Kemudian, Suami Mia pasang tayar spare yang agak kecil sedikit daripada tayar biasa. Mia tak boleh bawa laju, bawa perlahan-perlahan sahaja. Mia cuma hantar Sofea ke rumah Mak Semah dan tinggalkan kereta ini di rumah Mak Mertua supaya senang Suami Mia hantar ke kedai tayar untuk dibetulkan. Opik, anak saudara Suami Mia yang ada di rumah Mak Mertua, yang tolong hantar Mia ke pejabat.





Yang paling tak tahan tu, sampai patah alat besi yang buka skru tayar tu, terkejutnya kami. Agak pelik sedikit. Nampak gayanya, kena beli baru la...

p/s: Mia lambat sedikit sampai pejabat pagi itu..

Post a Comment

16 Comments

  1. tak reti lg tukar tayar kete, tp ayah slalu bisig suh blajar..
    klu kene nnt mmg gelabah punye la..huhu

    ReplyDelete
  2. suami kpah kalau tukar tayar..tak sampai 10 minit dah siap...ehhhh..ye lah..dia kan mekanik....heee

    ReplyDelete
  3. mak aih sampai alat besi pun patah? adeh :B

    ReplyDelete
  4. Mng susah kalau first time buka tayar sbb alat yg ketatkan skru dr kilang sgt kuat. Biasanya perlu spana 4 mucung lg baik berbanding yg patah tu

    ReplyDelete
  5. wahhh tp mmg payah kan nak buka skru tu...

    ReplyDelete
  6. ilmu free nih..hehhe...kalau dapat ke saya, mmg tak terhandle lah gamaknya...huhu

    ReplyDelete
  7. Salam, mia. Nampaknya skru tayar tu sangat ketat, hinggakan patah alat pembuka skru tu dibuatnya. Biasanya klu kita tukar tayar kat workshop, diorang guna alat elektrik utk pasangkan skru tyr semula, sbb itu la perit sangat bila buka guna tangan.......

    Suami kak pun pernah melalui masalah mcm ni, kesian tapi klu tangan kita yg buat lagi la tak dapat, hehehe....

    ReplyDelete
  8. @..ika itu aku.. tu la ika. kita ni kaum hawa kena tahu juga, kalau tak.. panik besok nanti...

    ReplyDelete
  9. @kpah k-poh wahhh, kak pah. kalau mekanik buka lambat tentu pelikkan? heheheheh....

    ReplyDelete
  10. @Aida Azryn ketat sangat lah.... tu yang sampai patah.... :)

    ReplyDelete
  11. @sop betul tu sop... memang first time buka tayar ni secara manual sejak dibeli. ketat sungguh.

    ni pun, suami mia dah beli dah alat besi yang 4 bucu tu... lebih kuat katanya.

    ReplyDelete
  12. @ROJAK tak best la. tukar tayar ni, perlu tenaga yang kuat... huhuhu...

    ReplyDelete
  13. @Juliet_iRa~" memang payah nak buka skru.... fiuhhh kena azam yang kuat... yeahhhh

    ReplyDelete
  14. @CintaZulaikha akak pun sama... ni pun terpaksa ambik tahu... hehehe

    ReplyDelete
  15. @Kak Imun tu lah kak imun... nak buat camne, terpaksa kerah kudrat yang ada. exercise skit la suami mia pagi tu...

    paling lega bila dah dapat buka semua skru tu... syukur...

    ReplyDelete