Tengok Filem LIBAS Di TGV Cinema Jusco Tebrau City


Akhirnya sampai juga hari yang ditunggu-tunggu untuk tengok Filem LIBAS ini. Walaupun Mia tidak berapa sihat sangat (selsema dah hampir seminggu), semalam Mia pun pergi juga dengan semangat berkobar-kobar nak tengok filem ini. Mia pergi dengan suami dan Firdaus, anak saudara suami. Kami pergi tengok di TGV Cinema Jusco Tebrau City. Ramai betul yang nak beli tiket. Kami beratur agak panjang untuk tayangan 4.10 petang.

Yang paling seronoknya, sebab dapat tengok wayang ini secara percuma. Terima kasih diucapkan kepada Mak Dara, team Filem LIBAS dan MDAG Marketing yang menaja 3 tiket Filem LIBAS dan sehelai t-shirt.

Tak dapat Mia nak gambarkan betapa bestnya filem ini kerana jalan cerita yang menarik dan yang paling penting sekali teknik seni grafik komputer yang nampak real. Seolah-olah bola takraw tu benar-benar hidup dalam lakonan filem ini. Apatah lagi, heronya pelakon favourite Mia. Congrats ya...  kepada team LIBAS. Bukan senang nak hasilkan teknik yang sebegitu rupa. Mia kagum sangat sebab beberapa filem Melayu yang sebelum ini (tak perlu sebut di sini), tekniknya tidak sehalus seperti teknik yang digunakan dalam filem LIBAS ini.

Memang pada mulanya Mia tengok filem ini terasa seperti filem Shaolin Soccer. Tapi filem macam inilah yang dinanti-nantikan oleh warga tempatan. Hebat! Boombastic! Extravaganza! Terbaik! Memang ada kelainan. Tidak berat kepada percintaan. Mempunyai mesej yang tersendiri dan sampai kepada penonton. Itulah yang sebenarnya.

Tahniah juga kepada suami Mak Dara yang telah menghasilkan skrip yang begitu mengkagumkan. Siap dengan rujukan sejarah lagi... Filem ini tidak membosankan.. tengok wayang sambil makan pop corn sampai tidak sedar pop corn dah habis. Dahsyat tu....

Pendek kata, tak rugi kalau tengok filem LIBAS ini. Inilah review yang Mia dapat simpulkan. Tidak pasti pula orang lain macam mana...  Akhir kata, Mia nak ucapkan kepada semua yang terlibat dengan pembikinan Filem LIBAS, "You guys are great!". Semoga industri perfileman tanahair kita setanding dengan  negara luar.

Jom tengok sekejap.. zasssss....








p/s: dah tengok ke belum? jomlah tengok sementara masih ditayangkan lagi sekarang ini...

Post a Comment

8 Comments

  1. dah tgok.pada sy cerita nie biasa jer.hehe..

    ReplyDelete
  2. ramai cakap filem ne best kan.. cam shaolin soccer.. hehe.. saya pon xsempat nk nengok lagi sis :)

    ReplyDelete
  3. Fatin belum tgk lagi cerita ni...
    betul ehh best...tgklah kalau ada masa nak tgk juga lah heee :D
    spotg lah suami kak mia..mau juga keluar tgk wayang :D

    ReplyDelete
  4. @Puan Kutu ooo. mungkin puan kutu tak berapa minat. tapi mia suka..

    ReplyDelete
  5. @Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine haah.. dia punya aura tu kuat betul.... tengoklah, nanti baru tahu, memang tak rugi beli tiket tu..

    ReplyDelete
  6. @fatin hanani ooo. nanti senang2 tengoklah dengan bf. tentula kak mia tengok dengan suami.. heheheh

    ReplyDelete