Mata bergerak-gerak: Antara pemikiran orang tua-tua dan saintifik


Pentingnya untuk kita memahami fenomena mata. Jangan dipandang remeh perkara ini. Perasan tak kadang-kadang mata kita bergerak sendiri, terkedip-kedip tanpa disedari. Ada juga kepercayaan orang tua-tua tentang pergerakan mata dan ada juga pendapat dari sudut saintifiknya. Di sini ingin dikongsikan bersama, maklumat yang Mia terima daripada emel seorang kawan. Ternyata maklumat ini amat berguna untuk mereka yang tidak berapa jelas dengan fenomena mata yang bergerak-gerak.

Jom baca isi kandungan emel ini....zass....

Sejak beberapa minggu saya mengalami masalah kelopak mata bergerak-gerak. Terasa rimas..sampai rasa berair mata. Menurut kepercayaan orang tua-tua, mata bergerak-gerak bermakna kita akan menerima berita yang sedih. Lalu, saya cuba search di internet tentang masalah ini. Berdasarkan pencarian saya dalam alam maya, ramai yang menghadapi masalah mata bergerak-gerak dan terdapat pelbagai andaian atau kepercayaan tentang perkara ini. Antaranya ada yang berpendapat seperti berikut: “kalau yang bergerak tuh kelopak mata kanan, ada sedara belah ayah yang meninggal , kalau belah kiri , ada sedara belah mak pulak yang meninggal” dan “kalau mata kanan yang bergerak, nak tengok orang atau nak jumpa orang jauh”. Ada juga yang kata “nak dapat berita baik”. Kalau kelopak mata kiri yang bergerak, katanya “ada berita kurang baik yang akan didengar dan akan menangis”.

Walaubagaimanapun, sebagai muslim kita minta jauh daripada mempercayai kepercayaan-kepercayaan seperti itu. Semua yang berlaku dalam kehidupan kita merupakan ketentuan dari Allah. Semoga yang terbaik juga yang kita akan perolehi. Kita hanya mampu berdoa semoga semua yang baik-baik sahaja yang kita akan dengar dan perolehi. Baik buruk sesuatu kejadian adalah ketentuan dariNya. Pasti ada hikmah di sebalik. Justeru, apa yang berlaku dalam hidup kita sesungguhnya tidak mempunyai kaitan dengan masalah mata bergerak-gerak. Kadang-kadang apa yang berlaku itu adalah secara kebetulan sahaja.

Saya juga turut membuat pencarian dalam internet untuk mengetahui punca-punca masalah ini. Saya perolehi beberapa maklumat penting berdasarkan pemahaman saintifik. Maklumat yang menarik ialah nama saintifik untuk penyakit mata bergerak ini ialah "myokymia". Berdasarkan kata-kata pakar masalah ini adalah akibat pergerakan otot di bahagian kelopak mata atas dan kadang-kadang di bahagian kelopak mata bawah bawah . Mata bergerak-gerak ini berkait rapat dengan stress, fatigue, kurang tidur dan overdose minum kopi. Anxiety/depression juga boleh mengakibatkan kepada masalah mata bergerak-gerak ini. Kerisauan yang terlalu tinggi dalam diri kita juga turut menyumbang kepada masalah ini. Faktor personaliti juga turut menyumbang kepada masalah ini.

Berdasarkan pengalaman saya, kesan daripada mata bergerak-gerak ini tidaklah terlalu serius. Kesan yang paling ketara ialah merimaskan kerana mata asyik bergerak dan menyebabkan gangguan emosi. Berdasarkan analisis saya terhadap diri saya mengapa saya mengalami masalah ini ialah ia berlaku apabila saya sentiasa risau. Kadang-kadang kerisauan saya terhadap keluarga yang jauh di kampung halaman. Kemungkinan juga mata saya mengalami keletihan kerana tugas-tugas saya sebagai penyelidik yang banyak menggunakan komputer. Boleh dikatakan saya mengadap komputer 8 jam sehari.

Penawar kepada masalah ini ialah perbanyakkan berehat dan berzikir pada Allah. Perbanyakkan juga membaca Al Quran dan terjemahannya agar hati kita sentiasa tenang apabila membaca ayat-ayat Allah. Moga hati kita sentiasa diberi ketenangan olehNya. Kalau simptom-simptomnya masih berterusan anda dicadangkan agar buat pemeriksaan mata kalau masih mengalami masalah yang sama ( kelopak mata bergerak-gerak).

Kesimpulannya, masalah mata bergerak-gerak ini tidak ada kaitan dengan kepercayaan orang tua-tua. Mungkin kalau sesuatu kejadian yang berlaku semasa kita mengalami masalah ini, ia hanyalah kebetulan sahaja. Sebagai umat Islam, sama-samalah kita elak daripada mempercayai kepercayaan ini kerana ia menghampiri kepada perkara-perkara khurafat. Yakinlah setiap kejadian itu adalah qada’ dan qadar Allah SWT. Wallahu ’alam.

p/s: jangan terlalu percaya sangat.. mungkin hanya kebetulan....

Sumber Maklumat : Emel dari Kawan

Post a Comment

110 Comments

  1. Replies
    1. kena kurangkan stress... kalau dah tido tapi masih stress boleh juga terjadi mata kedip2 ni..

      Delete
  2. hoh memang tensen betul kalau mata gerak2 ..sakit hati , malah penah saya cuba nak ketuk mata sendiri (!@$%)


    mungkin bergerk2 sbb masa tu saya marah sgt kut, :D

    ReplyDelete
  3. owhh ok kak mia..
    selama ni fatin pun dngr org kata
    bila mata grk2 sbb nak jmpa owg la..rinduw la..ok sekrg baru fatin tau sebab2nya. :D
    sbb sblm ni pun fatin kurg percya tntag perkara2 yang diandaikan...

    ReplyDelete
  4. akk bgus la sbb akak tgk dr dua sudut berbeza n kongsikan dsini...
    senang ckp mmg zaza xpernah ckt pun nk pcaya ngan benda2 andaian tu, tp kalo btol pun zaza hanya anggap tu semua dgn izin allah,..


    zaza lbh suka tgk dr sudut saintifik dan sikit dr segi perubatan cara islam.. =)

    ReplyDelete
  5. thanx kak sbb kongsi benda ni. dah lama dok cari.

    tp kan, dr pengalaman sy, klu mata gerak kanan, akan terjadi perkara baik dan kalau kiri ada la hal yg tak beberapa baik. kalau mata asyik gerak2, dua2 belah mata, tandanya kita akan menangis. tp semua tu betul jdi kat sya.

    apa2 pun, sy percaya tu semua kebetulan je :)

    ReplyDelete
  6. ermm...kadang - kadang ianya juga tanda strok kecil seperti jari kita tiba - tiba bergerak sendiri

    ReplyDelete
  7. nadia: yah2 yang 2 pun fatin penh dengr..klu 2 kali mata kelip ..dengar kata kita akn magis..tp fatin x pnh la lagi jado cm 2..entah la..:D

    ReplyDelete
  8. who want to exchange banners and links visit my blog!
    thanks

    ReplyDelete
  9. kebetulan plak. i oso got the same prob. mata bergerak2. belah kanan. mc btol je ckp org2 tua tu. coz ill be seeing my gf soon hujung bulan nih..kebetulan kot...ekeke

    ReplyDelete
  10. ifa pun ade gak dgr org tua2 ckp cmtu..but..xtau la..mungkin kebetulan je kot..harap akak baek2 je ye..=)

    ReplyDelete
  11. miza penah alami kelopak mata bergerak2 tu. memang merimaskan. tapi syukur sangat sebab dalam dua tiga hari dah hilang :)

    thanks kongsi info ni ye kak :)

    ReplyDelete
  12. akak, sy shukri baru je folow.. dlm 2 hari ni kelopak mata kri asyik bergerak2 je..risau plak bile bace teory2 org tua..tp bile bc post akak bru la tenang skit...

    ReplyDelete
  13. Terima kasih kerana share info dan nasihat yang diberikan. Ia memberi kesedaran kepada saya untuk mengingati Allah dan berdoa kepada Nya sentiasa apabila ditmpa dengan masalah.

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah akhirnya dapat jugak info tentang kelopak mata bergerak2 ni...heee...tq for sharing...

    ReplyDelete
  15. lega rasa sudah mendapat jawapan, mata aysik bergerak sejak dua minggu..sebab terlalu risau dengan pendapat orang tua, bertambah gerak lagi kelompak mata saya, bukannya 1 tepi kedua dua belah. thanks for informasi

    ReplyDelete
  16. As salam..kak.
    apa yg tjadi kt sy lak,mata belah kiri sy gerak dah 4 hari,mlm td sy iron uniform sy tiba2 uniform sy tkoyak melecur dgn iron yg panas..iron uniform yg baru pun sma..sy nangis kerna xde uniform nk pkai lg..cmner sy nk p keje esok..jd tpaksa sy ambil MC..smpi skrg mata kiri sy msih bgerak ,wlupun sy tido sharian kerna MC,bangun tido tetap bgerak..so apa puncanya pun sy xtau..sy tpaksa tempah uniform br,minta taukeh siapkn minggu ni jgk..dpt bonus kena byr uniform rm500..sabar je laa..

    ReplyDelete
  17. @Anonymous waalaikumussalam....

    lahhh... sampai dua2 uniform rosak kena seterika. nasib tak kena tangan.

    informasi dalam ini untuk dikongsi bersama. tetapi apa yang Mia selalu alami kalau kelopak mata kiri bawah yang terkedip2 tandanya kita akan menangis, kalau banyak hari terkedip2 tandanya besarlah masalah itu.

    kena banyak bersabar ya dik. kadang kita diduga untuk sedarkan kita supaya kita sentiasa ingat padaNya.

    ReplyDelete
  18. terima kasih juga kepada semua yang sudi komen dan berkongsi pandangan tentang entri.

    tu lah memang susah nak cakap... kadang2 mungkin secara kebetulan... terpulang pada penilaian diri masing2.

    ReplyDelete
  19. Thanks for the info padat sekali :)kebetulan mata sebelah kanan saya bergerak-gerak dari semalam lagi ni (rasa geli sikit hu hu hu)

    ReplyDelete
  20. satu hari tu,saya,makteh,sepupu,mama,tok dan semua sedara saya ada masalah bergerak2 belah kanan sehingga saya tegur dalam hati "ada benda buruk nak jadi ka" tiba2 dia berhenti dan seminggu lepas itu ayah saya meninggal dunia... sekarang pun saya masing ada masalah mata bergerak2 sampai saya naik fobia dah tu semuaa ... saya taknak kehilangan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya kalau mata bergerak2 di sebelah kanan lebih menjurus kepada berita yang tidak baik.

      Kak Mia tahun lepas punyalah sebulan mata sebelah kanan gerak2 tak henti2, risau juga. rupanya nak jumpa angkasawan negara di OUM. Sempat gambar lagi dan update dalam blog ni. Selepas jumpa tu, terus hilang gerak2 mata tu...

      http://www.mialiana.com/2011/11/mia-dengan-angkasawan-negara-di.html

      Delete
  21. Sedang mengalaminya :)

    ReplyDelete
  22. sya sdg mgalaminya sekarang , da 2 hari mata belah kiri saya gerak2 . . mmg rimas.mcm2 jg sya fikir kan . . mudah-mudahan2 tiada apa yg berlaku . . mmg btol x perlu percaya dgn semua itu , tpi byk kbtlan yg telah berlaku . apa2 pun suma ditangan-Nya dan kita hanya berserah . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. semua ini sudah ketentuannya... harap dapat atasi masalah yang mendatang dengan jayanya...

      Delete
  23. assalamualaikum, salam sejahtera kak mia...saye sedang mengalami perkara yg sama iaitu kelopak mata sebelah kanan berdenyut-denyut....masuk ni dh 4 hari ade ketika die berdenyut2 pastu senyap, pastu denyut2 lagi pastu senyap....sekadar berkongsi, saye percaya yang Allah itu Maha Mengetahui..semoga kite dijauhkan dri segala bencana dan sentiasa sihat sejahtera amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo take care ya... dan kalau sibuk sangat, luangkan masa untuk berehat sekejap..

      Delete
  24. salam semua...saya dah 2 minggu tak brhenti2 mata kelopak kanan asyik bergerak...kadang2 getaran kuat plak tu....saya rasa tak selesa...kadang2 saya tekan mata...bagi tak gerak....tak selesa sngguh...kata org macam dapat berita baik....tapi sebelum ini saya kena benda yang sama....tau2 menangis plak....ntahla...tak boleh nak pcaya sangat kan....berserah pada Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kuat getarannya, makna kuat betul impaknya. harap dapat sabar dan jangan fikirkan sangat tentang perkara yang bukan2...

      Delete
  25. sedang mengalaminya..kelopak kanan belah bawah.. baru start semalam tapi tidak kerap..hemm.. memng x selesa..tpi skrg ni memng tengah stress..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena atasi stress dengan segera.. nanti lama2 akan hilang..

      Delete
  26. : Betul lah.. Sy kurang tdo dan kelopak mata asyik bergerak je. Kurang selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kurang tido pun.. mata boleh terkedip2 juga... mungkin urat stress kat bahagian mata...

      Delete
  27. terima kasih..sy rase mgkin sy stress kot..sbb tu mata kiri ni bgrak2.tq for da info

    ReplyDelete
  28. terjumpa lak blog nih.. saya dah 3 4 ari kelopak mata kiri belah atas gerak gerak.. memang rasa rimas gak tapi skali sekale je dia terjadi dlm sehari sekitar 7 8 kali tak lebih dari 15 kali kot..

    bila baca entry nih kemungkinan benar.. saya sejak seminggu lepas kurang tido dan kerap mengadap komputer sampai pepagi buta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk banyak kali tu... cuba banyakkan rehat. mungkin letih mata tu dok ngadap komputer saja...

      Delete
  29. Ohh saya juga sedang mengalami bawah mata kanan bergerak-gerak. Dengan izin-Nya, mohon dijauhi segala perkara yang tidak baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oohh... perlu lebih berhati-hati ya.... semoga dijauhkan. amin...

      Delete
  30. salam ukhuwah,

    ooo mata kiri saya dah berkedit2 dua hari..rupanya nak berkunjung ke asini..alahamdulilah satu info yg menarik..mudahan kita selamat selamanya. Amin

    ReplyDelete
  31. penah gak la alami mate grak2 nie..
    thanks kak coz sudi share~...

    ReplyDelete
  32. betul2..mata sy pun kedip2 jgk 2 3 hari ni..tp time cuti elok je mata ni,xde plak nk kedip2..masuk keje je ada la 2 3 kali asyik nk berkedip jer..tension byk keje rasanya,asyik hadap komputer je dari pg smpai ptg..

    harap2 perkara2 xelok ni dijauhkan..

    ReplyDelete
  33. dalam minggu nie je anak mata kita bergerak2, risau jugak dalam hati..

    harap2 perkara yg baik2 sahaja..amin2..

    ReplyDelete
  34. risau sgt2... dah seminggu sebelah kanan bawah mate berdenyut- denyut...bile jadi,cepat2 tgk cermin....nampak ketara!!! nyut nyut nyut begerak ! sekarang pun berdenyutttttttttttttttttttttttttttttt.... nape niiiiii...... takut...
    saye sll ketagih nescaffeeeeee... minta2 sbb nescaffffeee tu... klu pasal ade berita buruk nak jadi....Ya Allah jauh kan la......

    ReplyDelete
  35. Mata kiri saya berdenyut2..rupanya esok bangun pagi nak kena tembel rupanya...huhuhuuu sakit owh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni.. kena sapu ubat mata lah... ;)

      Delete
    2. Mata kiri sy dah 3 minggu bergerak. Tensen je mudah2an tk de apa yg berlaku

      Delete
    3. sabar ya sue.. moga dijauhkan perkara2 yang tidak elok...

      Delete
  36. Mataku sebelah kiri (kelopak mata) bergerak trus..

    ReplyDelete
  37. waduhh... takut juga bacanya :( soalnya mata kiriku sering berdenyut akhir2 ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm... sabar ya. selalunya kalau kedip2 mata kiri atas nak dapat berita gembira. mata kiri bawah pula nak nangis... takleh nak percaya sangat..

      Delete
  38. Saya berada di ward sekarang kerana masalah mata berkedip sampai ganggu emosi...mmg saya ada stress, kerisauan, tidak cukup tidur, dan selalu minum nescafe( overdose caffein) sampai nak makan pun rasa terganggu...rimas...akhirnya timbul sakit baru gastric...terima dgn redha dan kesabaran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai kesiannya.. jangan risau sangat. relaks. semoga cepat sembuh ya...

      Delete
    2. mata kiri saya bergerak2 dh 3 hari..mgkin sbb overdose caffein? sbb mggu ni boleh kata tiap2 hari minum nescafe sbb asyik mengantuk..

      saya lbh suka percaya menurut sains..ikut kepercayaan org2 tua..takut...huhu harap xde pape yg x elok berlaku..

      Delete
    3. mungkin juga... harap tiada apa2 buruk yang akan berlaku... doa je ya..

      Delete
  39. Subhanallah.....semuanya secara kebetulan.....

    ReplyDelete
  40. Betul kerr ?? kelopak mata saya pun bergerak gerak ,, ade jugak dengar kate orang tua tua ni .. tapi setelah baca artikel diatas alhamdulillah saya dah paham :) terima kasih banyak banyak

    ReplyDelete
  41. Mmm..tgh bgrk2 nh..tu search nk ckp nape...dh bce entri nh rase lega skt huhu..mudah2an xde ape..insyaAllah...kne bnyk berzikir...^_^...thnx2

    ReplyDelete
  42. sy nak share. 2 hr lpas mata kanan sy bdenyut sgt2. ma sy kata kalau kanan bdenyut ptanda molek,kalau kiri tak molek. hr ni dnyutan mata kanan dh xde lg.sbalik khbr gmbira dtg rezki dpt duit. pepun sy mletakkn itu scr kbetulan shj krn apa yg tjd hr ni sudah dtakdirkn.mgkn tuhan mghantar isyarat melalui mata.sesungguhnya tiada kuasa slain Allah. takbir.. Allahuakbar!

    ReplyDelete
  43. Hmmm , tengah alamai sekarang , bawah mata kiri :'( seriously rasa takod sangat2 bilaa baca petanda org tua2 . Tapi skrg tgh stress sangat2 .

    ReplyDelete
  44. Kepada pembaa muslim, jauhi kepercayaan oeranda baik buruk apabila mata berkedip. Itu semua kesyirikan.

    ReplyDelete
  45. Nad sedang mengalami mata bawah sebelah kanan bergerak2.. nad tak percaya dengan kata-kata orang tua. mgkin itu hanya kepercayaan mereka. ehehe

    ReplyDelete
  46. klopak mta kiri sya pon asyik bgrak je bpe hrinie..isaw jgk..tp skrg y tmbh rsau pndgan kiri saya jd mcm mkin kbur..hmm..ke sbb nk final exam..rsau blebihan...hmm..hope Allah pmdahkan smua urusan dan xde ap2 y xbk blaku..

    ReplyDelete
  47. Untuk dengan nyenyak makanlah sebiji pil lexoton sebelum tido.

    ReplyDelete
  48. Kak..apa erti kelopok mata bawah kiri menari-nari ?

    ReplyDelete
  49. Kelopak mate kiri saye asik berdenyut nie sedangkan esok saye nak pulang ke Melaka .. Hati dan perasaan sedikit nervous .. Pernah saye hadapi peristiwa seperti ni sebelum ini .. Tau2 je saye tertinggal bas .. Saye cube anggap ni mungkin kelalaian sendiri tp ape2 Allah Maha mengetahui .. Harap esok semuanya ok !! Amin ..

    ReplyDelete
  50. Sy tgh mngalami skrg ni,kelopak mata sbelah kiri asik bdenyut je da 4hari,sy rsau sbnarnya dah la hujung bulan ni sy nk nikah,sy harap xde bnde buruk yg jd,..

    ReplyDelete
  51. alhamdulillah .. bru ok sikit rase lpas bace ni .. klopak bawah mata sy slalu bgerak2 sejak trial hngga skrng .. rasa mcm nk pukul pun ade sbb ganggu exam .. smoga spm nnti tk ganggu .. T_T

    ReplyDelete
  52. stress aku mata asyik berkedip2 je dr smlm...

    ReplyDelete
  53. kelopak mata kanan asyik bergerak sejak 3 hari lalu hingga kini...
    tnya kt jiran2 diorang kata ada bnda yg akn berlaku then bawa gi klinik kata rabun...errrrrrrrr
    tpi bila dh baca article nieee,reda sikit lh kerisauan tuhhh...terima kasih ats maklumatnyaaaa...

    ReplyDelete
  54. Salam...kelmarin sy bermimpi ayah jatuh sakit...terus terjaga dari tidur dan bangun solat..dlm hati mungkin mainan tidur walaupun ada sedikit kerisauan. Pagi ni tetiba anak mata sebelah kiri bergerak2..risau pulak rasanya..baru kehilangan mak..tak sanggup pula kehilangan ayah..Ya Allah..kuatkanlah hati ku dan berikan aku kesabaran utk menempuh ujianMu..

    ReplyDelete
  55. kelopak mata bawah kanan bergerak :'( dh dekat seminggu.. risau sangat.. sbb tkut ade ulat ke apa dlm mata hmm >< harap2 sbb letih tkpun stress.. harap sgt kak dpt bagi kata2 semangat sikit? hehe

    ReplyDelete
  56. 3hari mata sebelah kiri brdnyut2.. kata orang ad brta buruk akn kita alami,rupanya benar.. sy putus cinta,ya allah...dugaan.redha lbh baik..

    ReplyDelete
  57. 2 3 hari ni mata kanan saya asyik berkedip-kedip je..Risau pulak saya..
    Thanks atas perkongsian yang menarik ;)

    ReplyDelete
  58. Sejak 4 5 hari ni kelopak mata sebelah kiri saya berdenyut denyut jugak
    Sebelum ni xpenah terjadi...
    Risau tu risau jugak sebab saya search di Google katanya ada petanda kurang baik..
    Apa2 pun saya serahkan semua ini pada yang maha esa..kerna dia yang tahu segala galanya...semoga Allah s.w.t tidak memberi ujian dan dugaan yang di luar kemampuan saya....

    I love Allah s.w.t

    ReplyDelete
  59. assalammualaikum
    tak sangka ada info ttg kelopak mata bergerak....dr semalam lagi mata dah begini..hari ni spjg hari tidur sbb nk bg mata tu rilek sikit..tp tetap bergerak2...terus cari info..ada pulak...
    kena banyak istighfar ni ...tgh tunggu suami blk dr KL ...semoga semua selamat

    ReplyDelete
  60. Sejak kebelakangan ni jer kelopak mata kiri saya bergerak-gerak. Lagipun minggu ni saya ada peperiksaan pertengah tahun. Mungkin stress. 😊

    ReplyDelete
  61. Bulu matA kiri bergerak gerak kenape ek semejak mejak ni

    ReplyDelete
  62. 👍 terima kasih atas info yg diberikan..

    ReplyDelete
  63. Assalamualaikum.. trimaksih Atas info nya. Betul, saya kuran tiur n terlebih coffe.

    ReplyDelete
  64. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  65. Dah 2 minggu kelopak mata kanan ni bergerak-gerak... dalam hati memang rasa lain macam... tapi saya redha sahaja dengan ketentuannya sama ada berita baik mahupun tidak baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyakkan bersabar ya.. moga tiada apa yang berlaku...

      Delete
  66. kalau gerak2 utk 2-3 hari ok kot...
    tapi kalau gerak2&mata merah tu confirm sakit mata...hihi

    ReplyDelete
  67. orang kata mitos. tapi rupanya mcam ada kaitan je dgn kehidupan kita kan
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  68. I know this one sebab dulu kelopak mata bergerak-gerak.. kadang pun still jadi.. tapi last2 ni belum terjadi XD

    baca dekat mana tah, dia cakap maksudnya badan letih jadi kena rehat... :3
    bila nampak mcm kelopak mata kawan Misaki berkedip-kedip ja.. selalu suruh dia rehat... ahahahaa

    yang pasal karut-marut tu.. tak pernah dengar lagi.. hehehehe XD

    ReplyDelete
  69. saya sejak masuk thun baru asyik bergerak belah kiri..Alhamdulillah ni baru hilang..mgkin memg sebab agak penat,,

    ReplyDelete
  70. wawa lebih percaya yang kedua tu.. sebab badan kita terlampau penat. memang betul, bila badan terlampau stress, pasti kelopak mata akan bergerak.. Bila badan kita segar kedipa mata tu akan hilang.

    ReplyDelete
  71. pernah dengar jugak kata org tua2..dari segi saintifik saya tak pernah tahu...

    ReplyDelete
  72. fikir kan yang baik2..serahkan p[adaNya Dia lebih tahu. Namun manalah tahu petanda dapat rezeki kan ..

    ReplyDelete